
Showing posts with label BAUCER BUKU 1 MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label BAUCER BUKU 1 MALAYSIA. Show all posts
BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA(BB1M)
09 March 2013

Disebabkan biasiswa belum masuk, huuwaaa...agak lambat KPM kali ini. Beli buku akademik guna baucer tunai inilah :)
Ina belajar Bahasa Arab semester ini.
Bahasa Arab, bahasa Al-Quran.
Kali terakhir belajar bahasa Arab masa berusia 12 tahun. Setelah berapa lama tinggal, kali ini peluang tersedia. Tiada istilah terlewat kan?
Dua buku lagi biasalah untuk subjek Etika Perguruan dan Penyelidikan Pendidikan. Semua ini cukup baucer RM100. Nilai buku akademik. Mahal. Sebab nama pun ilmu.
Berbaki tiga baucar lagi...jom-jom lihat apa lagi yang Ina rembat :)
Minggu lalu, dengan izin Pencipta, Ina dipermudahkan langkah ke Ekspo Buku Islam di Putrajaya.
Pergi bersama senarai panjang buku yang nak dibeli.
Hebat kan? padahal cuma ada tiga baucar sahaja.
Setelah pusing-pusing Dewan Cempaka Sari tu, akhirnya Ina singgah di booth ITBM, Galeri Ilmu dan PTS.
Berikut merupakan barisan buku yang menjadi milikku.
Buku dan majalah untuk diri sendiri. Ada buku untuk adik-adik juga.
Tetapi, sebelum bagi tu nak baca dulu :)
Patut kan? Ilmu tu akan lebih bermanfaat jika dikongsi bersama.
Selain itu, ada beli dua buah antologi cerpen. Memang khas untuk kajian sebab ada tugasan buat cerpen semester ini. Memandangkan ini tugasan kuliah, kena ada persediaan mendalam dan ilmu bantu yang sesuailah. Tidak boleh main redah je mengarang :) Semangat. Positif.
Habis dua baucar buku dan tambah duit sikit la.
Untung beli di karnival sebegini sebab ada diskaun. Alhamdulillah.
Berbaki satu baucar lagi....Ina simpan sebab..jeng, jeng, jeng...
Di UPM ada karnival PC dan buku juga... Memandangkan keperluan terhadap barangan PC dan punya ruang keemasan sebab diterima baucer di sana, maka, mana mungkin peluang ini nak dilepaskan?
Untung hanya ada satu baucer sahaja untuk ini.
Ini juga ada diskaun. Kesemua ini cukup satu baucer :)
Alhamdulillah. Memang perlukan tetikus, pembakar semangat nak buat assignment gitu.
****
Maka, tamatlah kembara penebusan baucar buku 1 Malaysia ini.
Terima kasih kerana memberi, bagi sang pencinta ilmu, memang manfaatkan peluang ini sebaiknya.
Kena pada masanya, biasiswa yang belum kunjung tiba.
Maka, baucar ini amat membantu untuk dapatkan sumber keperluan untuk pembelajaran semester ini.
Syukur selalu.
****
Buku semakin memenuhi ruang meja bacaan.
Jom, berusaha untuk tunaikan hak setiap buku itu.
Membaca itu best!
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
4
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
:: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :),
BAUCER BUKU 1 MALAYSIA
BAUCER BUKU 1 MALAYSIA
10 January 2012
Terlalu lama membiarkan kotak emel itu berhabuk.
Baru-baru ini tiba-tiba ingatan berpaling pada kotak itu.
Bila buka, memang banyak la emel yang menyerbu.
Antaranya.....
Emel dari Popular ini amat menarik hati, hehe
Maklumlah, ini merupakan satu-satunya kedai buku kegemaran tika zaman muda-muda dulu. Tambahan pula, kupunya kad keahlian di sini. ( cuma sudah expired...kena renew la untuk dapat potongan diskaun )
Baiklah, kebanyakan buku mahu beli di sana. Ada juga yang mahu dibeli di Kedai DBP.
Terima kasih kerajaan, baucer ini amat bermakna. Jom guna secara berhikmah. J
***
Nota : Semalam pergi MPH MidValley, teman dua sahabat memborong buku. Dah ada nampak jelas buku-buku impian, cuma bersabar hingga jumpa Popular..hehe
Lebih tepat hingga habis Exam. Noktah.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
BAUCER BUKU 1 MALAYSIA,
POPULAR
Subscribe to:
Posts (Atom)





