DISEMBER
30 November 2012
***
Semalam,
aku lena bersama sepikul beban yang berada di pundak.
Berat
sekali perjalanan insan seorang hamba ini.
Namun,
tidak seberat mana jika dibandingkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW…
tetapi
bila ia dikelaskan ‘amanah’.
Bukan
suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Bukankah
Imam Al-Ghazali menyebut bahawa memegang amanah itu adalah perkara yang paling
berat dalam dunia. Allah…
“Ya
Rahman, saat Kau kirimkan amanah buat adikku ini, kirimkan jua kekuatan dan
kesabaran dalam melaksanakannya.”
Ameen.
Itu doa Kak ‘Atiqah Syairah dari New Zealand yang melewati peti mesej muka
buku.
Seperti
dia tahu segala apa yang sedang kuhadapi kini…
“Orang
baik akan melakukan kerja amal ketika masa lapang, orang hebat akan meluangkan
masa meskipun dalam kesibukan.”
Ini
juga kalam hikmah darinya sebagai memugar semangat yang kelam.
Terima
akak, ingatanmu sangat bermakna.
Sesusuk
peribadi insan yang sungguh istimewa.
Ina
nampak jelas kenapa Allah campakkan akak
di ladang NZ sana.
Dan
aku yang berada di sini???
Insya-Allah
kuhadapi segalanya dengan senyuman J
Pagi
ini, sedar tak sedar Disember menjengah sudah.
Adilkah
jika aku meneruskan hari-hari yang bakal menjelma ini tanpa ada sebarang
perubahan dalam diri?
Suara
hati menjerit mahukan pengertian.
***
Masa begitu pantas berlalu,
Usah biarkan ianya pergi bertalu,
Sebagai manusia berilmu,
Jangan pernah ada jemu.
***
“Kenangan
lalu, memori indah, masa hadapan.”
Terus berusaha tanpa malu,
Yakinlah, Allah beri apa yang yang kita perlu!
Ya
Allah, terangilah perjalananku dengan sinaran Nur Iman-Mu.
Berikanku
kekuatan untuk istiqamah atas jalan ini.
Mulia
dan cemerlang destinasi kita.
Dari
Allah kepada Allah.
Ina
Nailofar
1/12/2012
~Kampus
Hijau~
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
1 Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
:: KBM UPM dihatiku :),
BiCaRa Hearty
~DILEMA CINTA INI~
09 November 2012
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.
Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU....
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Lirik Lagu
MAJALAH ASUH NOVEMBER 2012
02 November 2012
Apa yang menariknya dalam Majalah Asuh keluaran November 2012?
Jom lihat gambar di bawah J
Muka surat 28, akan ketemu ini.
Testimoni pembaca tentang novel 'Friends Forever'
Jangan tak percaya nama hamba tertera si situ. Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepi dari media cetak.
Alkisahnya semua bermula daripada beberapa bulan
yang lalu. Melalui suatu servis pesanan ringkas yang kuterima daripada seorang insan
yang kusayang…meminta jasa baikku untuk menyiapkan penulisan tentang itu.
Memang niat sudah ada, sedari “novel” tersebut tiba di tanganku sekitar bulan
Januari yang lalu (fuyooo…lama tu tempoh masa yang kuambil ) Namun, hambatan
waktu sering membuatkan kutertewas untuk itu.
Di mana ada usaha, disitulah ada hasilnya.
Akhirnya, setelah bertarung habis-habisan,
kuberjaya juga menyiapkan penulisan tersebut. Ini hasilnya. Rujuk di arkib ini.
J
Ila Husna J
Dedikasi ini untuk kamu.
---> Terima kasih kerana masih memberikan
kepercayaan kepada diri ini untuk memberi pandangan tentang novel FF. Rasa
bersyukur dan bertuah, dalam ramai-ramai pembaca novel FF, Ina Nailofar yang
terpilih untuk itu. Dan…………………….Dah lama nama tak keluar majalah. Tumpang
sekaki la famous J
Selamat maju jaya Ila Husna.
Bertemu lagi di novel akan datang…hehe
Sahabat-sahabat blogger, jom ziarah blog rasmi penulis.
Di sini : Ila Husna
Tinta akhir = Adik-adik di luar sana, jom baca majalah Asuh. Lama tak baca, rasa sangat menarik dan penuh pengisian ilmu. Jom, membaca!
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
4
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna
HUJUNG MINGGU INI
- Program mengajar murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaakob Latif, Jalan Peel, Kuala Lumpur.
- Pengujian Soalan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor
- Bazar KBM pada Pesta Konvokesyen UPM
- dan kesempatan pulang berhari raya Aidiladha bersama keluarga tersayang, turut bermain di fikiran. meronta-ronta untuk dikeluarkan. (*^-^*)
***Ada ruang dan peluang akan kuabadikan di sini. Pengalaman pahit manis yang banyak mengajarku erti kesabaran, ketelusan hati, kerjasama dan erti pengorbanan.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Label : Coretan
SERUMPUN UIAM
Subscribe to:
Posts (Atom)