Showing posts with label BiCaRa Hearty. Show all posts
Showing posts with label BiCaRa Hearty. Show all posts

KAU RASA KAU HEBAT?

18 November 2013

"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"

Jom baca majalah JOM! Pelaburan RM6 sahaja :)

Kau rasa kau hebat???
Rasa terpukul tak dengar?
Jadi, wajiblah dibaca....

Muhasabah sejenak yuk,

Bagaimana amal fardu kita?
Bagaimana amal sunat kita?
Bagaimana taqarrub (kedekatan) kita dengan Allah?

Jom sama-sama baiki diri!

Bukankah?

Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita?
Wallahualam...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Salam sayang berutus senyuman,
Ina Nailofar, KPZ UPM.

****Jom buat assignment pula. SEmoga Allah redha. 

TENTANG IMPIAN DAN HARAPAN

21 May 2013

"Gantunglah cita-cita setinggi langit.
Namun, gapailah ia dengan penuh kerendahan hati.
Bermimpilah, Allah akan memegang mimpi-mimpimu."

Semua insan punya impian. 
Semoga semua impian itu membawa kita hampir kepada Allah.
Dari Allah kepada Allah.
*Butang huruf comel ini boleh didapati di Kraf Ina Nailofar. (Jemput LIKE)


Namun, mimpi dan angan-angan sahaja tidak cukup, harus berusaha untuk menjadikannya nyata.

Harus berusaha untuk sentiasa keluar daripada dunia fantasi ke alam realiti. J

Jangan berhenti bermimpi, tetapi, jangan juga berhenti setakat mimpi, harus berusaha menjadikannya nyata.

Masa depan???
Kita yang mencorakkannya.


Mode : Merancang satu persatu cerita kehidupan selepas ini. Benar kata Imam Hassan Al-Banna, 'tanggungjawab yang kita ada melebihi daripada masa yang ada.' Semoga Allah redha. 

DISEMBER

30 November 2012

***
Semalam, aku lena bersama sepikul beban yang berada di pundak.
Berat sekali perjalanan insan seorang hamba ini.
Namun, tidak seberat mana jika dibandingkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW…
tetapi bila ia dikelaskan ‘amanah’.
Bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Bukankah Imam Al-Ghazali menyebut bahawa memegang amanah itu adalah perkara yang paling berat dalam dunia. Allah…

“Ya Rahman, saat Kau kirimkan amanah buat adikku ini, kirimkan jua kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakannya.”

Ameen. Itu doa Kak ‘Atiqah Syairah dari New Zealand yang melewati peti mesej muka buku.
Seperti dia tahu segala apa yang sedang kuhadapi kini…

“Orang baik akan melakukan kerja amal ketika masa lapang, orang hebat akan meluangkan masa meskipun dalam kesibukan.”

Ini juga kalam hikmah darinya sebagai memugar semangat yang kelam.
Terima akak, ingatanmu sangat bermakna.
Sesusuk peribadi insan yang sungguh istimewa.
Ina nampak  jelas kenapa Allah campakkan akak di ladang NZ sana.

Dan aku yang berada di sini???
Insya-Allah kuhadapi segalanya dengan senyuman J

Pagi ini, sedar tak sedar Disember menjengah sudah.
Adilkah jika aku meneruskan hari-hari yang bakal menjelma ini tanpa ada sebarang perubahan dalam diri?
Suara hati menjerit mahukan pengertian.

***
 Masa begitu pantas berlalu,
Usah biarkan ianya pergi bertalu,
Sebagai manusia berilmu,
Jangan pernah ada jemu.
***

“Kenangan lalu, memori indah, masa hadapan.”

Terus berusaha tanpa malu,
Yakinlah, Allah beri apa yang yang kita perlu! 
Ya Allah, terangilah perjalananku dengan sinaran Nur Iman-Mu.
Berikanku kekuatan untuk istiqamah atas jalan ini.
Mulia dan cemerlang destinasi kita.
Dari Allah kepada Allah.


Ina Nailofar
1/12/2012
~Kampus Hijau~


TAUTAN HATI

21 September 2012

sekadar hiasan

Siapa sangka, sekitar jam 2:17 pagi; tanggal 19 September 2011 yang lalu.

Tika kau diulit mimpi indah.
Tika kau beradu di kasur nan merah,
Jauh di sudut itu.


Ada seseorang sedang mengingatimu.
Ada seseorang sedang merinduimu.
Ada sesuatu dinukilkan kepadamu.
Tentang manisnya perkenalan itu,
Biarpun tiada di depan mata, zahirnya ada.
Beruntunglah duhai hati.
Bukankah takdir Allah terlalu indah!
Alhamdulillah…nikmat-Mu sangat luas!
Kasih seorang sahabat.
Tiada galang gantinya.
Kasih sayangku kepadamu kerana Allah.

*****
Kutinggalkan tulisan ini dengan catatan ikhlas seorang insan yang amat istimewa.

Kita insan terpilih--->mata 4 :)


Ina.
Pertemuan pertama kita adalah tulisan-tulisan kita. Minggu Penulis Remaja memberi memori yang mengekalkan ikatan itu sehingga hari ini. Maha Baiknya Allah. Hubungan yang terbina kekal sampai hari ini. Ina, kita saling menguatkan, ya. Mengejar tarikh akhir sahaja akak sering lelah. Mengurus waktu akak selalu rebah. Dari jauh, hembuskan pada deru angin doa buat akak, ya. Semoga akak terus kuat demi hari esok dan melupakan kisah semalam.

Adikku, teruskan menulis walau dalam apa medium. Ina punya bakat yang orang lain tiada. Ina pernah buktikan yang Ina mampu menembus majalah suatu masa dahulu. Akak juga. Terfikir juga, ke manakah hilangnya semangat suatu masa dahulu? Sudah menyorokkah keberanian itu? (kata untuk diri akak juga)

Akak gembira dapat berkongsi dengan Ina. Tentang itu ini. Dunia luar akak diam, tulisan akak tidak juga membisu. Maafkan akak kadang mesej selalu menjengah. Teringatkan Ina, terasa gembira dapat berkongsi gembira.

semoga Allah pelihara persahabatan kita, Ina. Projek kita juga semoga Allah permudahkan.

Ina, adikku. Semoga terus kuat menongkah perjalanan seorang mahasiswa. Kamu hebat!

*****
Terima kasih.
Nukilan bermakna.
Terasa diri ini amat dihargai.
Walaupun amat jarang kumemberi.
Terima kasih.
Untuk segala-galanya.
Sepanjang ukhwah bersemi.

Ketahuilah,
Tiada yang lebih indah.
Apabila kita sering hadir dalam doa dan ingatan seorang sahabat.
Ya Allah, permudahkanlah perjuangan seorang insan bernama Jamilah Mohd Norddin. 

*****Kerana kecintaan terhadap daerah itu,
perkenalan dan ukhuwah ini lahir. Alhamdulillah.

Kena ada 'sesuatu'  sebagai hasil  dan bukti kecintaan kita.


Nota kaki = Ila Husna dah ada 2 anak...Ina Nailofar? in the making...insya-Allah. 
Yakin dengan sebenar-benar yakin. 

Sejauh mana kepekaan kita terhadap isu ini?

22 October 2010

Mutakhir yang lalu, kita digemparkan dengan Festival Busana Muslim yang rata-ratanya menampilkan peragaan fesyen yang memang bercanggah dengan Islam. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan sememangnya tidak layak diberi nama 'Islamic'.
Lihat antara gambar-gambar yang melintasi lensa kamera.

Layakkah diangkat sebagai fesyen Islam?
Model-model dengan pelbagai fesyen yang langsung tidak mencerminkan Islam.

Sedarlah kawwan-kawan akan isu ini. Persoalan menutup aurat bukan hal remeh yang boleh dipermainkan. Islam tidak melarang hamba-nya untuk berfesyen tetapi biarlah selari dengan syariat yang telah digariskan. Apapun, jangan sampai termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Ayuh kawan-kawan...
Sedarlah...
Mari kita semak semula,
Surah An-Nur ayat 31:

" dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya"

Sudah terang lagi bersuluh, bukan? :)
Peringatan sudah diberikan...adakah kita lupa?


Konklusinya...


Kita semua punya akal untuk berfikir, jadi buka mata dan minda seluas-luasnya. Kita mampu menilainya.

"Rutinnya hidup ini dipenuhi pelbagai kesilapan, tetapi berusahalah menjadi yang terbaik...Semoga kembara di sepanjang " Kolej Hayat " ini menemukan keinsafan untuk menilai apa yang dicari..."

Nota dihujung entri : Melihat penampilan siswa siswi ke kuliah, pelbagai fesyen dapat dilihat. Persoalannya, adakah ia menepati etika berpakaian yang ditetapkan oleh pihak universiti??? Hmmm... Ketahuilah, segala-galanya bermula di sini... Anda mampu menilainya :) Mari kita berubah bersama-sama...

"Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan...Bersama, banyak perkara boleh diselesaikan." -Helen Keller-
(muhasabah Ainul Hayat)


:: Jika Bukan Guru, Siapa Lagi? Selamat Hari Guru ::

15 May 2010



16 Mei tiba lagi. Suatu tarikh yang tidak mungkin mampu kulupakan.
Teringat bait-bait kata sebuah puisi terkenal,

"Dialah pemberi paling setia. Tiap akar ilmu miliknya. Pelita dan lampu segalanya. Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat. Alur kesetiaan mengalirkan nasihat. Pemimpin yang ditauliahkan segala umat. Seribu tahun katanya menjadi hikmat"

****

Mengharapkan satu perjuangan,
Yang bisa diberkati,
Mengharapkan satu perjuangan,
Yang bisa mengerti,
Keluhan demi keluhan,
Menanggung kerenah anak buah,
Kerap menghampakan,
Bimbang akan harapan,
Resah akan perjuangan,

Jika bukan GURU siapa lagi?
Banggakah anda menjadi GURU?

Ucapan ini khas kudedikasikan buat cikgu-cikgu yang pernah mendidikku
( walaupun satu abjad, satu nombor, sepatah kata mahupun sepotong ayat...kalian ialah guruku ) terutamanya di SKPTK, SKBT, SMKSN, ICT Klang, dan SMKSE.

Tatkala keseorangan ini, memori indah tika ranum di alam persekolahan menjelma di kotak ingatan. Terbayang beberapa wajah insan yang kuhormati. Terutamanya guru-guru tika kubelajar di pra-u...kalian insan yang paling mengerti jiwa keremajaanku ini...

1. Puan Solehah Abdul Hamid - Ketegasanmu mengunci mulutku tika P&P berjalan :))
2. Puan Nurul Huda Mohd Yusop - Kelembutanmu mendidik mengakrabkan kita :))
3. Puan Norizan Yusoff - Takkan kulupa motivasi yang seringkali menjadi mukadimah kelas Sejarah :))
4. Puan Roni Samsuddin - Keprihatinanmu membuahkan jalinan yang harum mewangi :)) Segalanya bermula di sini...Pesta Pantun...Sifu Pantunku.
5. Puan Rohana Shapii - Kejernihan wajahmu menawan heartyku Cikgu BM & Sastra SPM :))
6. Puan Habsyah Md Salleh - Mutiara masihatmu kerapkali membuatku terfikir...TQ cikgu...kunampak hasilnya kini :))
7. Puan Masita Bt Rejab - PK Pentadbiran, titis mutiara jernihku pernah mengalir di biliknya...kunampak hikmah yang tersurat kini. Kuperlu lebih bersyukur :))
8. Tuan Haji Aziz Bin Yusof - Bantuanmu 'menginsafkanku' Form6 contoh pelajar lain :)) TQ Pengetua kerana mempercayaiku dan SITI!!!!
9. Puan Rohana Salleh - Maafkanku melepaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ketahuilah, kuamat menghormatimu meskipun dalam diam :))
10. Puan Saadiah Muda - Kepercayaannya memantapkan kewibawaanku memimpin. Hidupku selamanya bergelar PUTERI ISLAM :))
11. Puan Siti Hawa Abdul Rahim - Renungan matamu yang tenang membangkitkan semangat untukku berjuang :))

~ Mewarnai kanvas perjuanganku di bumi SESS '06-'09 ~

****

:: Empat insan yang kurindui ::

1. Puan Hajjah Rogayah Abdul Samad - Ustazah di kelas mengajiku. Lama tidak kutemu. Hanya buku, hadiah pemberiannya menjadi tatapan tatkala rindu :))
2. Puan Nawal Syakirah Mahmood - Guru tika darjah 1...minatku akan bahasa bermula di sini :))
3. Puan Nor Azima Hassan - Minatku akan sastera dirangsang oleh beliau. Senyuman manisnya kurindui. :))
4. Puan Jamilah - bertanggungjawab mengenengahkan bakat melukis dan mewarnaku. Hanya Sijil Pameran Lukisan Malaysia-Jepun menjadi kenangan untuk mengingati kegigihan seorang guru yang baik ini :))

****

Sebenarnya terlalu ramai insan bergelar guru yang meninggalkan secebis kenangan sepanjang semusim bersama. Jika ingin disebut, panjanglah entri ini...hehe...Terutama guru-guru di SMKSN...terlalu banyak memori tercipta di sana. Semoga Allah merahmati kalian di dunia mahupun di Akhirat...InsyaAllah.



*****

GURINDAM GURU SEJATI
(Mas Adeki)

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Guru sejati berhati murni,
Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.

Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.

Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.

Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

*****

SELAMAT HARI GURU

TINTA KENANGAN,

@n@k mur!dmu...

:: Entri KembaLi ::

11 February 2010

Assalamualaikum buat semua,
salam seindah ukhwah yang terpatri...setiap umat Islam itu bersaudara,kan? :-)

Agak lama kutidak menulis di sini, pelbagai kritikan membina telah kuperoleh!hehe...Antara sedar atau tidak permulaan tahun 2010 ini kurasakan masa semakin pantas bergerak. Sukma berbisik, "Akukah yang sering tertewas dengan MASA?". Mungkin komitmenku yang telah bertambah menyebabkan masaku terisi sepenuhnya. Bulan Januari 2010 yang baru sahaja kita lewati meninggalkan pelbagai pengalaman dan kenangan yang bermakna. Alam pekerjaan sementara yang kuterjuni memberikan impak yang besar dalam lipatan sejarah keremajaanku. Di sana, kubelajar untuk hidup dalam masyarakat! Membuka fikiranku seluas-luasnya melepasi sempadan tanah air. Tidak semudah 'abc...' untukku melupakannya!

Awal Februari pula lain rencananya, benarlah...kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Insiden yang menimpa dua rakan akrabku telah menyebabkanku mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan 'kerjaya' sementara itu. Mulut menuturkan alasan tersebut sebagai 'pelepasan diri' tetapi sebenarnya hanya yang memahami bisa mengerti.

Tuntutan kerjaya tersebut menyebabkan kukekurangan waktu untuk diri sendiri...benarkah begitu? Jiwa memberontak mahukan 'sesuatu'...seringku gelisah pabila dahagakan pengisian ilmu itu. Namun, kupendamkan semua itu demi mencapai matlamat nan satu. Akhirnya kutewas sebelum matlamat itu diraih. Mungkin bukan jalan itu yang perlu kulalui untuk mencapai matlamat tersebut! Kuyakin, rezeki ada di mana-mana. Itu janji Allah SWT untuk insan yang cekal dan tidak mudah menyerah. Setabah itukah aku???

Benar...segala yang terjadi terselit jutaan hikmah! Ketika satu pintu yang tertutup, 10 pintu lagi terbuka. Oleh sebab itu, jangan terleka pada pintu yang tertutup sehingga tidak sedar akan pintu-pintu lain yang dibukakan untuk kita!

Perjalanan hidup seterusnya??? Kau yang tentukan gerak tarinya...bersediakah aku menyahut cabarannya?Di hati ini, hanya DIA yang tahu...be ur realself :)

Be strong...yakin 'usaha pasti berjaya'! ( slogan SESS always in memory )

~Ina Nailofar~
Teratak Bonda TMJ

:: CoNtEnGaN dEmi cOnTeNGaN 1::

13 December 2009

Hari ini terasa seronok sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT; kuberjaya menghabiskan bacaan dua buah buku iaitu buku pertama berjudul 'Ubat Hati' dan novel 'Ladang Hati Mustika'.
Antara sedar atau tidak kedua-dua judul buku ini berkaitan 'hati' (",)

UBAT HATI merupakan karya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman. Sebuah buku motivasi diri. Memang bersesuaian dengan minat Ina dalam lapangan kaunseling!hihi...

LADANG HATI MUSTIKA pula hasil nukilan Ummu Hani Abu Hassan yang merupakan mantan MPR! Buku ini telah lama Ina teringin untuk membaca, acapkali terlihat iklan dalam majalah Anis tentang promosi buku ini. Akhirnya, Allah SWT permudahkan langkah Ina dengan menemui buku ini di perpustakaan awam. Tidak mungkin Ina lepaskan peluang keemasan untuk meminjam dan mengembara isi kandungannya. Pada pendapat Ina, jalan ceritanya seakan berkaitan dengan kisah hidup dan pengalaman yang dilalui oleh penulis. Mungkin cerita benar, siapa tahu?hehe...nanti Ina ziarah blog penulis ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut! :)

Selesai dua buku ini, ada empat buah buku lagi yang sedia menanti! Ina bersyukur sangat dengan peraturan baru perpustakaan yang membenarkan seorang individu meminjam '4 buah buku dan sebuah majalah'. Maka, dapat la Ina bolot semua buku yang menarik perhatianku! :)

Esok, Ina akan mula bekerja! Agak awal kubekerja daripada target sebenar. Tawaran kerja yang 'baik' dan mejanjikan 'income' yang agak lumayan pada kaca mata Ina Nailofar, jadi, kukira tidak perlulah kumembuang masa memikirkan lagi. 4 hari bekerja, 2 hari cuti. Tidak tertekan sangat la kan. Cabaran yang harus kuhadapi adalah untuk melepak dengan membaca buku kegemaran dan berkarya! Tetapi seorang sahabat ada menasihatiku, walau sesibuk mana pun, setiap hari luangkan masa 1 jam menulis. InsyaAllah, akan kumanfaatkan setiap detik yang berlalu!

Projek untuk menukar imej blog ini akan kuteruskan sedikit demi sedikit. Daripada Imej lama "Kolej Hayat' yang menekankan perjalanan suka duka persekolahan ( fokus kehidupan pelajar STPM ), maybe akan berhijrah menjadi blog 'Muslimah berjiwa besar' pula. Hehe...Segala pautan ke wacana ilmu yang menghubungkan blog guru-guru STPM mungkin akan dibuang. Jauh disudut hati terasa sayang pula untuk mengubah segala isi yang asal kerana berkemungkinan boleh dimanfaatkan oleh adik-adik junior di SESS tetapi agak mengganggu penampilan dan stail projekku yang baru! Fikir sehabis baik Ina Nailofar! Berfikir seperti mana orang menyangka yang anda boleh berfikir. Ai, sukar juga untuk berfikir!hihi ( Berfikir pelita kehidupan )

Akhir kalam, doakan kudapat serasi dengan alam pekerjaan esok! :)

Salam kemesraan berutus senyuman.

:: MoTiVaSi 5 : SaJa SuKe-Suke... ::

10 October 2009

Penat meneroka alam maya,
Segala set soalan percubaan kuteliti,
Menjelang subuh,
Rileks minda seketika...
Sambil bermuhasabah diri.

Hearty berbisik...
Mengapa... ???


Zikir hearty...


Maka,
Berbicaralah hearty...



Sesungguhnya...
Allah SWT sedang berbicara denganmu,
Tentang sabar dan ikhlas...

Tentang Iman!


Setiap yang terjadi,
tersirat 1000 hikmah...




Kuakui kelemahan diri,
Segalanya milik-MU!


~Tika Hearty Berbicara~
INA NAILOFAR
06:05





WassaLam (",)







:: MuHaSaBaH 3 ::

13 August 2009

~ PENJURU ~



Kiri, kanan dan belakang adalah tembok
Tiada jalan untuk berundur
Tiada ruang untuk melencong.
RUANG dan pilihan yang ada
hanya mara atau melangkah ke hadapan
Jika tidak, pasti gagal, statik atau tertinggal.
UNTUK keluar dari penjuru, mesti berjuang
mesti bergerak pantas
Bermotivasi.
SESUNGGUHNYA,
setiap individu yang bergelar calon peperiksaan,
berada dalam situasi yang sama.
HANYA yang berani, cekal dan tekal
akan muncul sebagai pemenang!
- MAGP -