Showing posts with label :: KBM UPM dihatiku :). Show all posts
Showing posts with label :: KBM UPM dihatiku :). Show all posts

PESTA KONVO UPM 2013

01 November 2013


"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"


Assalamualaikum dan Salam Kemesraan yang berpanjangan…

Terlalu lama meninggalkan laman ini. Hati sentiasa menjerit dan meronta-ronta untuk ke mari namun diri ini masih terus tewas dengan hambatan waktu. Banyak perkara yang melatari kehidupan sepanjang kurang lebih enam minggu yang lalu. Pelbagai perkara yang ingin dikongsikan di sini.


*CERITERA MINGGU LALU….

Gerai Ana Muslim, pastinya :) 

Satu acara besar baru sahaja berlalu. Pesta Konvokesyen UPM 2013 J Seperti rutin kebiasaan sejak tiga tahun yang lalu, jangka masa kurang lebih seminggu itu dihabiskan dengan ulang alik ke Bukit Ekspo dan booth KBMUPM. Alhamdulillah, tahun ini Allah masih izinkan aku untuk sertai acara ini. Mungkin tahun terakhir untuk menjual di Pesta Konvo seperti ini. Sayu juga hati ketika mengenangkan hal ini tetapi itulah kehidupan. Hidup sentiasa perlu pandang ke hadapan. Sepanjang bazaar konvo berlangsung pelbagai kenangan yang tercipta. Insan yang jarang jumpa, boleh turun masa hari kejadian. Ini yang berlaku dengan pertemuan semula dengan Abang Faris, mantan KBM. Selepas beliau menghubungiku dan memaklumkan kedatangannya ke UPM baru aku tersedar sepanjang tempoh kepimpinanku dalam KBM, tidak banyak perubahan yang telah kulakukan. Belum kira apa yang kusumbangkan. Masih tetap sama seperti dahulu…sedangkan jangka masa aku untuk memegang amanah ini kian ke panghujung. Allahurobbi. Maafkan aku yang sering terlupa ini. Pertemuan kami yang hanya beberapa detik itu menjadi medan muhasabah.

Keluarga bahagia mahasiswa :)  

Alhamdulillah sempat kami duduk berbicara bersama. 

Bukit Ekspo menjadi saksi jalinan ukhwah ini. Setiap insan itu bersaudara bukan?


            Tahun 2013 ini menyaksikan ramai kaum kerabat KBM yang bergraduat. Tahniah kuucapkan buat kalian. Tahun depan, insya-Allah giliranku pula. Maka, harus fokus kembali menukangi tesis ya J

Anugerah Graduan Cemerlang tu :)

Tahniah sahabatku, Fatin Zahidah. Kejayaanmu ini pasti lebih manis dengan kemuncak penghijrahan dirimu. Sesungguhnya kamu amat berani, senekad mujahidah terdahulu. Ina takkan lupa detik waktu yang kita lalui bersama pada semester yang lalu. Sama-sama mencuri masa di hujung minggu untuk mengikuti kelas taalim. Semoga Allah terus-menerus memberkatimu dan keluarga. Selalu menjadi padi ya, lagi berisi lagi tunduk. Ina sayang bangat sama kamu.

Sedang tebus hadiah konvo :)

Kak sabariah. Allah takdirkan kita bertemu dalam keadaan yang tidak terjangka. Pastinya berdekatan dengan pokok. Pokok? Yelah, graduan dalam bidang pertanian. Tahniah kak. Kamu obor perjuangan. Kita juga punya momen indah yang takkan Ina lupakan. Ingat lagi kan bagaimana kita merempit bersama dalam renyai hujan sewaktu pulang daripada program Tautan Hati tahun 2012 yang lalu dan singgah ke MAHA 2012. Kita menghabiskan masa bersama petang itu. Malamnya pula, Allah atur kita dengan sesuatu perkara yang tidak dijangka. Kamu sangat baik hati. T-shirt muslimahmu yang koyak dek keberanian memanjat pagar itu belum kuganti walaupun hajat hati dah lama nak gantikan. Belum sebut lagi musafir bersama kita ke Kampung Orang Asli di Kuala Mu, Sungai siput Perak. Kematanganmu memimpin kami ketika itu sangat menyerlahkan kewibawaanmu.  Terlalu banyak sebenarnya peristiwa yang telah kita lalui bersama. Semuanya manis dalam kenangan. Semoga Allah memberkati segala pekerjaan yang kamu lakukan. Selamat menabur bakti di bumi sang penyu.

Bersama ayah bonda di hari bahagia mereka.
Kak Enon terbaik! :)

Kak Ainon Dzahirah yang comel yang sentiasa anggun di mataku. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita untuk bertemu. Lewat panggilan telefonmu yang sangat comel, memarahiku kerana tiada di bilik sewaktu kamu datang ke kolejku. Ina jadi senang hati bila dengar kamu solat di Surau kolejku…hehe  Himpitan kelas biasalah…rutin setiap kali pesta konvo berkejar-kejaran J Tertunai hajat hati nak hadiahkan kamu dengan produk krafku yang tidak seberapa. Terima kasih kerana sudi datang malam-malam ke mari untuk bertemu kami. Kak Ainon, kita juga menyimpan momen indah yang sentiasa segar diingatan Ina. Paling segar sewaktu persiapan menuju ke Kembara Amal Kampung Orang  Asli kita dahulu…kita berusaha berhempas pulas mencari tajaan. Pindah randah ke sana ke mari selama seminggu itu sebelum program. Kereta kamulah yang banyak berjasa. Promot banner program di facebook. Betapa gembiranya kamu tatkala ada ahli keluarga yang sudi memberikan sumbangan wang ringgit masa itu. Ohya, Ina juga sempat berkunjung ke teratak kak Ainon di Tanjung Karang. Walaupun kunjungan yang hanya sekitar dua jam namun keperamahan ibumu menjadi kenangan. Tidak keterlaluan Ina katakana, itulah kali pertama Ina sampai di daerah kelahiranmu. Bernasyid bersama dalam kereta comelmu. Indah…sangat-sangat indah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kebahagian buatmu dan insan-insan tersayang.

Bestnya tengok...terpapar di skrin besar :)

Kak Amalina Ismail…dalam ramai-ramai mantan dalam KBM, kamulah yang selalu buat kerja ‘giler’ bersamaku. Haha…dan lagi manis Pesta Konvo kali ini pun kamu sempat turun tolong berniaga walaupun kamu sepatutnya meraikan kejayaan dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Lihat, semangat luar biasanya? Kamu juga pernah ketuk bilikku seawall jam 4 pagi. Ya, jam 4 pagi….masih kuingat tika itu, kamu sudah letih benar nampaknya. Maaf, keculasan tidurku hingga tak sedar panggilan dan mesej yang kauhantarkan. Pastinya seusai program itu. Lihat, kesungguhannya? Lagi…kita punya minat yang sama. Cinta kepada bidang penulisan. Dan hasil tulisannya amat berkuasa. Punya minat membaca yang tinggi. Masih basah diingatan, kita pernah membaca di KTM UKM sewaktu menunggu tren untuk ke UIAM J Kerna minat ini juga kita pernah musafir ke Perkampungan Penulis…Ina respek benar sama kamu. Graduan bidang kejuruteraan proses dan makanan yang segar minat menulis. Ina doakan semoga suatu hari nanti, masyarakat dapat menikmati idea dan buah fikiranmu. Kak Amal, terus mengejar cintamu. Tahniah, penerima anugerah pelajar terbaik Fakulti Kejuruteraan UPM! Hebat bangat.

Kak Cha yang manis, ini latar tempat yang wajin tangkap gambar sebelum konvo..hehe

Kak Hafsah yang cantik dan periang J Seorang kakak yang sibuk memanjang…juga graduat tahun ini. Kita juga punya momen bersama. Ina takkan lupa kesediaanmu untuk memangku jawatan sementara memberikan tempoh masa untukku bersedia. Kononnya tempoh persediaan untukku. Walaupun pada hakikatnya kamu sangat sibuk dengan tugasan kuliahmu yang tidak seperti orang lain. Sangat Ina hargai kesediaan dirimu itu. Beralah kata orang. Ingat lagi, betapa tegasnya kamu menjawab persoalan Kak Tiqah dalam kereta sewkatu pulang dari KLCC tentang jawatan ini. Ha, itu cerita lama!Senyum. Ohya, kemuncak yang mengakrabkan kita pastinya di KEKANDA 2012. Akak menjadi kem komander, katanya…hehe  Ingat lagi, di malam yang gelap gulita kita buat sesi burung hantu untuk adik-adik. Dikau mengajarkan kuterjemahan surah. Dan kerja giler usikan kasih sayang di maalm hari. Tidur terbaring di tengah jalan. Jika Ina jadi adik peserta program mesti dah gerun dan lari patah balik bila jumpa malam-malam. Hehe…seorang kakak yang kuat perjuangannya dengan KPIJ. Selamat maju jaya dalam kerjaya yang diceburi!

Kak Tikah....Bahagia di samping insan-insan tercinta :)

Seindah nama, ‘Atiqah Syairah…indah lagi kehebatan peribadi. Kak Tiqah juga konvo tahun ini. Tahniah ya! Dalam ramai-ramai insan yang Ina bercerita di atas, masa Kak Tiqah ini paling mencabar. Sebabnya terlalu banyak kenangan yang melitari kehidupan di bumi UPM ini. Sempoi dan bersahaja orangnya. Punya baka yang baik, tidak hairanlah bakat kepimpinan dan kepetahan berkata-kata amat memukau setiap audien yang mendengar. Seorang yang amat mengambil berat terhadapku. Sewaktu beliau di bumi Australia menjalani praktikal masih sempat menghubungiku bertanya khabar tentang KBM. Lihat semangat juang dakwahnya? Paling kemuncak program malam tahun baharu yang saban tahun kuikuti. Beliau inilah yang sangat gigih mengetuainya. Ke mana sahaja program yang kusertai, pasti beliau ada. Ya, setiap program pasti ada! Hinggakan kemuncak kukira, beliau tertidur kepenatan di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Ainon sewaktu perjalanan pulang ke UPM dari Kuala Selangor. Inilah insan yang menjadi menara hidayah buat banyak jiwa. Allah, berkatilah Kak Tiqah. Inilah bayangan muslimah masa hadapan yang Syeikh Al-Qaradawi lakarkan dalam buku kecil itu. Tahniah Kak Tiqah!

Ramai lagi yang konvo tahun ini…kaum kerabat KBM. Amam, Ilyas, Ambo Zul dll…Cuma ini yang sempat kuingati setiap detik manis yang dilalui bersama.

Juga seorang lagi nak juga bercerita. Kak Ummi Nazifah J Mentor secara tidak rasmi sepanjang musafir ilmu di bumi UPM. Dengan kak Ummi pastinya Pesta Pantun Bestari yang mengakrabkan kami. Program Tunas Kecemerlangan di SMKA Maahad Hamidiah Kajang juga, ke Pesta Buku juga. Kemuncak yang menunjukkan manisnya ukhwah kerana Allah itu ialah dia percayakan aku untuk membelikan baju t-shirt muslimah untuknya. Hingga kini, aku masih berhutang gambar setiap program bersama. J Ya Allah, berkatilah kehidupan Kak Ummi di samping suami dan keluarga tersayang.

Abang Izwan (geng pantun juga), Kak Ummi dan Kak Yana :)
Insya-Allah bakal guru BM yang cemerlang. 


Demikianlah ceritera Pesta Konvo UPM. Bagi Ina, paling manis tahun ini ialah kaum kerabat mak, abah, adik-adik, ayong, Abang Zul dan Zufar sempat datang melawat gerai jualan Ina. Sukanya. Walaupun seketika, singgah untuk ambil Ina dan pergi kenduri Abang Taha di Pantai Dalam, KL. Nikmat terbesar yang harus Ina syukuri. Terima kasih Allah!

****Semoga hajat hati untuk graduat pada tahun hadapan menjadi kenyataan. Yakin dan usaha menyantuni Projek Tahun Akhir J  


Terima kasih kerana meminjamkan sudut comel ini untuk Galeri Kraf Nailofar :) 

MENUJU TAHUN AKHIR PENGAJIAN

21 May 2013


Sedar tak sedar, aku sudah punya ‘Penyelia’ yang bakal menyelia sepanjang perjalanan menuju destinasi akhir aku bergelar ‘siswi’ di Kampus Hijau ini. Semester keenam  hanya berbaki seminggu lebih, cuti ulang kaji seminggu dan peperiksaan akhir. Kemudian, semester ketujuh yang bakal menyaksikan aku menghabiskan saki-baki subjek yang ada sebelum meninggalkan bumi hijau ini untuk keluar berpraktikal. Rencahnya kehidupan kini…dan masa yang ada terasa amat singkat. Allahurobbi.

Memilih Tajuk Projek Ilmiah Tahun Akhir

            Taklimat awal telah diberikan oleh Dr. Hj. Samsuddin Othman sekitar sebulan yang lalu. Melalui taklimat tersebut, kami diarahkan untuk memilih tajuk yang betul-betul diminati. Paling penting, boleh dibuat dalam jangka masa yang diberikan. Tak perlu terlalu gempak katanya. Ini baru projek pertama. Dan diselitkan juga cadangan untuk menjalankan penyelidikan hanya di kampus. Lebih mudah. Berbanding buat di sekolah memerlukan urusan surat-menyurat untuk memohon kebenaran masuk sekolah yang pastinya memakan masa untuk mendapatkannya.

            Ada relevannya kata-kata beliau. Namun, kerana memikirkan topik yang hendak aku kupas dan lebih seronok jika respondennya murid-murid sekolah maka aku setkan fikiran untuk buat di sekolah. Tambahan pula, aku punya hubungan yang baik (baca : kamceng) dengan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dahulu, maka tiada masalah untuk buat kaji selidik di sekolah. J

            Antara tajuk yang aku fikirkan untuk tesis :-

·         Tinjauan Pelaksanaan Program Majalah Dalam Kelas (MDK) Sebagai Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mengarang.

·         Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesantunan Berbahasa Murid-Murid Dalam Perbualan Harian.

·         Peranan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Terhadap Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

·         Hubungan Konsep Kendiri Dan Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik Bahasa Melayu.

·         Hubungan Minat Membaca Dengan Tahap Penguasaan Kosa Kata Murid-Murid.

Isu yang aku pilih seperti dia atas merupakan persoalan yang aku fikirkan mahu dikupas. Ada yang banyak kajian lepas-lepas dan membantu untuk buat sorotan literatur dan ada juga yang belum ada tajuk tesis berkaitan itu. Contohnya, Program MDK yang amat aku minati tetapi kurang bahan rujukannya. Inilah yang menjadi cabarannya.


Malu Bertanya Sesat Jalan
            Dalam kerumitan memilih tajuk yang benar-benar menepati citarasa dan mudah mendapat rujukan, aku ada mendapatkan pendapat dan pandangan beberapa orang senior terdekat dan guru-guru yang baik hati.

v  Puan Solehah Abd. Hamid
Beliau antara insan terawal yang membantu aku, memberikan komentar tentang tajuk pilihan dan cadangan untuk mengembangkan idea yang sedia ada. Perbincangan kami melalui laman sosial muka buku. Pada waktu yang menjengah ke tengah malam. Terima kasih cikgu atas kesudian anak didikmu ini! Ohya, ini sifu BM sewaktu aku di tingkatan enam.

v  Puan Roni Samsuddin
Perbualan kami menerusi telefon bimbit membuahkan hasil. Idea cikgu ini datang bercurah-curah. Aku hanya bertanyakan apa senario di sekolah kini yang boleh aku kaji, maka dia senaraikan kepadaku. Siap bagi cadangan, kesantunan berbahasa itulah yang kononnya cocok denganku. Ya, aku berkampung sehari di Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) untuk mencari bahan berkaitan dengan topik kesantunan berbahasa! Ketemu rujukannya tetapi memerlukan ketelitian untuk menghuraikannya. Beliau sifu aku ketika mewakili Pesta Pantun dan Sayembara Puisi dahulu.


Seceria Wajah Penyelia

17 Mei 2013. Jumaat. Pertemuan kedua kami bersamanya. Aku, Zie, Fura, Dayah dan Asi bertemu Dr. Jamaliah untuk bertanya dan berbincang tajuk kami. Habis pusingan pertama. Masing-masing nyata belum berpuas hati. Apa yang mahu diukur?Tanya Dr. Jamaliah bertubi-tubi.  Hendak membuat kajian mesti jelas. Statistik apa yang hendak digunakan. Allahurobbi. Ternyata pengetahuan kami amat cetek. Tak terjangkau dek akal, huhu.
Pertanyaan seorang sahabat yang cukup berhati-hati itu memecahkan segala kerumitan yang ada. Pertanyaan tersebut ternyata membuatkan penyelia kami tersenyum lebar. Manis sekali. Dan jawapan daripada Dr. Jamaliah melahirkan bunga-bunga bahagia di ruang atma. J  Cuma kami perlu mendapatkan persetujuan daripada penyelaras PBMP tentang hal itu.

Usaha Mendapatkan Titik Persetujuan

            Kami bergegas ke Bilik Penyelas. Tetapi hampa, beliau tiada di bilik. Menghubungi beliau dan menunggu beberapa minit. Akhirnya beliau tiba dan kami berbincang sehikmah mungkin.
            Kata putus dicapai. Boleh jalankan penyelidikan di luar bidang pengkhususan tetapi masih dalam ruang lingkup pendidikan. Alhamdulillah J

Pertolongan Allah Datang Dari Arah Yang Tak Disangka-Sangka

            Kembali mendapatkan Dr. Jamaliah. Usaha menghubungi beliau tanpa henti. Setelah penantian demi penantian, akhirnya jam 3 janji temu kami. Pertemuan kali kedua. Hari yang sama. Drastik sekali. Itulah aturan Ilahi. Hujan rahmat mengiringi petang Jumaat itu.

            Dengan wajah yang tenang, beliau membuka data dapatan kajian beliau. Dalam masa yang kurang sepuluh minit, lapan tajuk telah tersedia di hadapan kami. Hanya tunggu pilih dan bahagi antara kami berlima. Senyum pada mentari yang berada di hadapan.

“Hubungan Kekerapan Penglibatan Dalam Aktiviti Kampus Dengan Keupayaan Kepimpinan Dalam Kalangan Mahasiswa.”
(Bittaufiq wannajah Ina Nailofar)

            Jujurnya, tajuk ini sangat mencabar. Bukan kerana ruang lingkupnya di luar bidang BM tetapi sebab memang mencabar la J Bertepatan dengan penglibatan aku dalam kepimpinan kelab memang seakan kena dengan keupayaan diri. Ya Allah, permudahkan segala urusanku untuk menyantuni tugasan tesis akhirku ini.


Mahu Senyuman Ceria Sang Penyelia Itu Terus Terukir

            Kepercayaan yang penyelia berikan ini merupakan peluang emas yang perlu dimanfaatkan. Sebijaknya. Meskipun banyak rujukan dalam bahasa Inggeris, tetapi aku harus positif. Inilah masanya untuk aku kembali memungut kekuatan untuk memperbaiki penguasaan bahasa ini. Usah berdalih lagi J

            Kami berlima perlu usaha sekeras tenaga untuk mencari bahan rujukan literatur dan membuat persediaan untuk sesi perbentangan yang akan diadakan seminggu lebih dari sekarang.


Berjalan Tanpa Henti

            Langkah untuk menukangi tesis ini baru sahaja bermula. Aku tahu bukan mudah untuk berjaya. Bukan mudah nak hasilkan penulisan ilmiah ini. Pasti banyak pengorbanan yang perlu aku korbankan. Ya Allah, semoga aku benar-benar bersedia mental dan fizikal untuk berhadapan ini. Besar harapanku agar kajian ini dapat dimanfaatkan dalam gaya hidup sehari-hari.

Hakikatnya kita dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi ini. Semua orang merupakan pemimpin dan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya. Jadi, keupayaan kepemimpinan ini tidak perlu dipertikai lagi. Mendepani isu mahasiswa kampus kini yang dilihat lesu dan suka membisu. Tak suka melibatkan diri dengan aktiviti luar. Hanya 3 K (Kolej, Kafe dan Kuliah). Semua ini merencatkan perkembangan sahsiah seorang insan. Bagaimana Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek JERI berdasarkan kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan mampu dicapai? Matlamat kita tinggi, pemupukan ke arah insan kamil.  Allahurobbi.

 Isu ini menarik untuk dikupas. Kumohon kekuatan daripada Allah SWT, permudahkan usahaku. Semoga aku mampu belajar banyak perkara daripada tesis ini. Kurniakan aku kesihatan yang baik untuk merealisasikan amanah ini. Pastinya dalam jangka masa yang diberikan. Satu semester kini bukanlah jangka masa yang lama dan tidaklah terlalu singkat bukan? Positif untuk jadi lebih kreatif dan inovatif. Insya-Allah.

***
Menulis tesis??? Amanah yang akan dipersoal. Senyum pada mentari yang berada di hadapan. J

AKU 'AMIRAH'???

16 March 2013

~Kalam Hikmah~

Dalam mengupas surah Ali Imran ayat 23, masing-masing akan diadili mengikut apa yang diamalkan. Walaupun bukan kata-kata. Perbuatan juga.Senyum dan ketawa itu juga dicatit oleh penjaga di kedua bahu kita. Nilainya yang akan dihisab. Senyum ikhlas adalah sadaqah. Senyum sinis sebaliknya. Tiadalah dizalimi oleh Allah. Yang zalim di dunia akan dituntut, membawa bersama kegelapan di akhirat. 
(Kalam Habib Ali Zaenal Abidin)


AKU ‘AMIRAH’?

Masih basah di fikiran memori dua tahun yang lalu.

Bersama seorang rakan PBMP, Hidayah; tika Bazar Persatuan di Bukit Ekspo sempena Minggu Penutupan Orientasi Pelajar Baharu sesi 2010/2011. Kami mencari booth anak negeri.  Jelas di mata, booth Anak Negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Meriah booth mereka bersama kibaran bendera negeri masing-masing. Lambang berkobarnya semangat mereka menyambut adik-adik baru yang baru berada di perantauan ini. Melintasi beberapa booth, panjang kepala meninjau-ninjau. Sebenarnya apa yang kami cari? Pastinya Persatuan Anak Negeri Kedah,  ataupun Pulau Pinang. Namun, hampa.   Jelas tidak kelihatan. Lantas, kami memberanikan diri untuk bertanya seorang sukarelawan di salah sebuah booth yang berhampiran. Jawapan beliau, merungkaikan persoalan yang berlegar di minda. Dulu ada, sekarang sudah tidak aktif. Noktah.

Kami masih berlegar-legar di sepanjang booth yang ada. Masuk booth, tulis nama dan beberapa butiran pengenalan diri dan ambil cenderahati. Terima kasih J  Pelajar baharu kan, memang seronok kumpul barang yang ada tulis nama kampus hijau!

Hinggalah  tiba di satu booth, Hidayah menunjukkan reaksi tidak berminat untuk memberikan butiran diri di situ. Melihat nama kelab yang tertera menarik minatku sebenarnya. Kelab Bimbingan Mahasiswa(KBM). Persis unit Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) di bawah Kaunselor ketika sekolah dahulu yang aku secara paksa rela menjadi Pengerusi dahulu. Namun, tiada sebarang gerak kerja yang dilakukan melainkan sebagai memenuhi jawatan yang ada. Tidak seperti PRS di sekolah lain, MRSM misalnya punya uniform tersendiri untuk PRS. Mungkin faktor masih baharu di SMKSE. Ah, itu kenangan lama! Sesuatu yang pasti, Hidayah menunggu aku menulis nama di borang yang disediakan di booth KBM ini.

Bermulalah pengembaraanku di bumi hijau ini. Minggu pertama memperlihatkan aku berlari-lari mencari kelas. Terutama untuk subjek universiti yang kelas berada di fakulti lain. Memang lelah  sepanjang pengalaman awal itu. Seminggu selepas itu, menerima mesej pesanan ringkas yang mengkhabarkan rehlah KBM di Bukit Ekspo juga. Daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Banyak juga mesej yang kuterima dari kelab dan persatuan lain. Entah tarikan dari mana, rehlah ini yang membuka hatiku. Lantas, aku mendapatkan seorang teman yang kukenali di Bukit Ekspo minggu lalu, Munirah(Awek Kelate) untuk menemaniku ke rehlah tersebut. Munirah pula tidak keberatan untuk turut bersama. Padahal hujung minggu itu waktu yang seronok untuk duduk berehat di bilik sahaja.  Allah, mudahnya Allah membuka jalanku ke sana. Alhamdulillah.

Bermula rehlah KBM ini, segala-galanya bermula. Memang tidak ramai yang hadir tika hari tersebut. Sekitar 20 orang sahaja. Namun, manisnya salam taaruf yang dihulur sukar untuk diterjemahkan. Bermain ala-ala bola jaring. Berhenti makan dan minum pagi dan seterusnya duduk berkumpul dalam bulatan gembira. Pelbagai karakter baru muncul di hadapan mata. Jujur, hati tertarik untuk sama-sama berada dalam kelompok keluarga bahagia mahasiswa ini. Seorang insan yang hadir ke bumi hijau dengan niat dan harapan untuk mencari ‘nur’ Ilahi ini akhirnya dipertemukan dengan KBM sebagai medan perhijrahan diri. Itu pemula, bagaimana diri ini mencari dan akhirnya dipertemukan dalam ikatan ukhwah yang amat manis ini. Jalan yang dilalui ini bukan mudah. Banyak pengorbanan yang telah, sedang dan menuntut untuk dilakukan. Banyak tuntutan masa, perhatian tumpuan dan air mata yang dah tumpah dek perjuangan ini. Setelah hampir dua tahun ini berlalu, akhirnya masa ini tiba juga. Tak terlintas di minda untuk memegang jawatan ini. Apatah lagi di alam varsiti ini. Jika dahulu, di bangku persekolahan memang aku disaluti banyak jawatan. Dalam satu masa pernah menjawat beberapa jawatan penting di sekolah. Tetapi kini jujur, aku tak pernah menjadikan jawatan sebagai sasaran sejak berada di kampus. Itulah, hebatnya aturan Ilahi. Allah kata ‘kun fayakun.’ Maka, segalanya terjadi.

Muktamar KBM ke-21, aku menjadi bidan terjun sebagai pengacara majlis.

Muktamar KBM ke-22, aku dinaikan sebagai Timbalan Setiausaha.

-Laporan khas muktamar-
Dengan izin Allah SWT, semalam 15hb Mac 2013 telah diadakan muktamar KBM yang ke -23. Lihat, usia penubuhan KBM juga sematang usiaku ini. Dan kali ini, aku ditauliahkan sebagai Amirah KBM. Allah…aku redha dengan apa yang diaturkan ini. Meskipun, jauh di sudut hati aku mahu lari sejauhnya dari medan ini. Mahu memberi masa kepada diri untuk menumpu perhatian kepada sisa-sisa hayat di kampus hijau ini. Namun, akademik memang nombor satu tetapi dakwah bukan nombor dua. Allah…bantulah aku untuk memikul amanah ini. Sebagai seorang insan yang dilahirkan dengan seribu satu minat dan kecintaan ini, amanah yang baru diterima ini menambah ruang kerja yang sedia ada.

Aku ingin bebas daripada dilema cinta ini. Aku ingin bebas daripada masalah. Namun, sudah sampai di peringkat ini, aku tidak boleh undur ke belakang lagi. Belajarlah untuk redha. Hanya satu yang aku pegang. Allah beri pada takat usaha hamba-Nya. Andai rezekiku sudah tertulis itu, apabila tiba masanya pasti akan menjadi milikku jua. Perancangan Allah hebat, takkan awal atau lewat sikitpun. Milikilah jiwa yang teguh. Jika kesibukan yang dirisaukan? Yakinlah, kesibukan itulah yang mendisiplinkan diri.

Salam takziah buat diri. Amanah ini bakal dipersoal kelak. Inilah kemuncak kepada detik penghijrahan seorang hamba. Ini masanya untuk aku baiki segala khilaf lalu. Ya Allah, betapa Kau telah banyak menjaga aibku. Mana mungkin aku menjadi hamba yang tidak bersyukur. Alhamdulillah, aku punya masa dan kesempatan ini untuk perbetulkan segala-galanya. Terima kasih ya Allah.



Tahniah buat adik-adik yang sedang bersamaku dalam saf qiyadah baharu KBM 2013/2014

Amir Syazwan Al-Banna (Presiden)
Muinnuddin YB (Timbalan Presiden 1)
Zhafri (Setiausaha)
Wan Aima Atiqah (Timbalan Setiausaha)
Tuan Sharifah Khairunisa (Bendahari)
-Barisan exco-
Adila Samsu, Hanisah Humaira, Najwa, Khairani, dll

Insya-Allah, bakal berkenalan bersama adik-adik hebat ini. Masing-masing punya kekuatan tersendiri. Petah berbicara, pemikir, manis senyuman dan seribu satu karakter baru yang bakal memeriahkan legasi kepimpinan KBM. 

***Besar harapan mantan kepada kami untuk terus memanfaatkan kehidupan berorganisasi di bumi hijau ini.

KBMUPM....
Ini medan muhasabah,
Ini medan penyuburan kasih sayang,
Ini medan pertautkan ukhwah,
Ini medan memugar potensi yang ada. Insya-Allah.

DISEMBER

30 November 2012

***
Semalam, aku lena bersama sepikul beban yang berada di pundak.
Berat sekali perjalanan insan seorang hamba ini.
Namun, tidak seberat mana jika dibandingkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW…
tetapi bila ia dikelaskan ‘amanah’.
Bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Bukankah Imam Al-Ghazali menyebut bahawa memegang amanah itu adalah perkara yang paling berat dalam dunia. Allah…

“Ya Rahman, saat Kau kirimkan amanah buat adikku ini, kirimkan jua kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakannya.”

Ameen. Itu doa Kak ‘Atiqah Syairah dari New Zealand yang melewati peti mesej muka buku.
Seperti dia tahu segala apa yang sedang kuhadapi kini…

“Orang baik akan melakukan kerja amal ketika masa lapang, orang hebat akan meluangkan masa meskipun dalam kesibukan.”

Ini juga kalam hikmah darinya sebagai memugar semangat yang kelam.
Terima akak, ingatanmu sangat bermakna.
Sesusuk peribadi insan yang sungguh istimewa.
Ina nampak  jelas kenapa Allah campakkan akak di ladang NZ sana.

Dan aku yang berada di sini???
Insya-Allah kuhadapi segalanya dengan senyuman J

Pagi ini, sedar tak sedar Disember menjengah sudah.
Adilkah jika aku meneruskan hari-hari yang bakal menjelma ini tanpa ada sebarang perubahan dalam diri?
Suara hati menjerit mahukan pengertian.

***
 Masa begitu pantas berlalu,
Usah biarkan ianya pergi bertalu,
Sebagai manusia berilmu,
Jangan pernah ada jemu.
***

“Kenangan lalu, memori indah, masa hadapan.”

Terus berusaha tanpa malu,
Yakinlah, Allah beri apa yang yang kita perlu! 
Ya Allah, terangilah perjalananku dengan sinaran Nur Iman-Mu.
Berikanku kekuatan untuk istiqamah atas jalan ini.
Mulia dan cemerlang destinasi kita.
Dari Allah kepada Allah.


Ina Nailofar
1/12/2012
~Kampus Hijau~


STUDY WEEK @ KAMPUS HIJAU

08 June 2012



Study week kali ini menyaksikan kumasih setia di kampus hijau. Apa agenda sepanjang study week ini? Entri ini sekadar mahu melihat dan muhasabah sejenak akan perjalanan study week semester ini.

Study week ku secara rasminya bermula pada 31 Mei 2012 kerana pada tarikh tersebut memang sudah tiada kelas.

Tarikh / hari
Aktiviti
31 Mei 2012(Khamis)
Pagi : Hajat hati nak rileks sepenuhnya, namun panggilan telefon daripada seorang sahabat mengejutkanku. Lantas, tercetus sesuatu isu.

Petang : Tidak lama kemudian, Saudara Presiden meminta jasa baik untuk mewakilkannya ke Persidangan Meja Bulat Bersama Pegawai Kanan UPM di Bangunan Akademi. Dalam keterpaksaan wujud keikhlasan. Mungkin ada sesuatu Allah nak beri melalui ruang dan peluang ini. Dan Alhamdulillah, ternyata, petang itu menjadi momen indah J

Malam : Meeting pertama top5 JIWA. Program Motivasi yang akan dijalankan pada cuti semester nanti.
1 Jun 2012 (Jumaat)
Tengah hari : Undangan makan tengah hari yang indah bersama Kak Saba di Putra Food Court.

Perlu mencari jalan penyelesaian untuk itu. Secepat mungkin.
2 Jun 2012 (Sabtu)
Pagi hingga petang : Menyiapkan cenderahati untuk Rehlah Sisters. J

Malam : Undangan makan malam steam boat bersama Kak Tikah dan kak cha. Sweet sangat.
Kita sangat bertuah fatin!
3 Jun 2012 (Ahad)
Pagi : Jogging bersama sisters KBM di Bukit Ekspo. Ada agendanya pertemuan di pagi hari ini. J
Sarapan bersama-sama. Sharing moment lak sebab jika tak kenal makan tak taaruf J
4 Jun 2012 (Isnin)
Janji temu yang indah. Menerima tetamu dari Johor. Adik kem BERJAYA 2011 datang bertandang ke UPM. Sempat berborak sesama. Namun, maafkan akakmu ini. Tidak dapat keluar sesama seperti yang dicadangkannya.

Bersama Fatin di SS. Study week kali ini banyak bersama Fatin Zahidah! Misi kami tak usai-usai J
5 Jun 2012 (Selasa)
Takdir Allah sangat indah. Menerima tetamu istimewa dari UIAM pula. Kak Jamilah datang bertandang ke Kolej Kelima. Dalam keseganan menggagahkan diri ke sana. Alhamdulillah, rezeki terhidang minta dijamah. Sangat terhutang budi dengan mereka. Suka tengok keakraban Kak Jamilah dan Alang! J

Malam = Meneruskan agenda mencari rehlah esok. Ada tragedi berlaku.
6 Jun 2012 (Rabu)
Rehlah Sisters KBM di Sungai Tekala, Semenyih Selangor.
Alhamdulillah, sweet sangat semuanya! Abadi dalam kenangan.
7 Jun 2012 (Khamis)
Tengah hari = Bertemu untuk mengeratkan persaudaraan. Janji temu dengan Izan di Kafe Serumpun. Fatin sakit, Kak Cha ada musibah jadi bersama Suhaila, merempit g sana. Alhamdulillah makan tengah hari bersama dan berbincang tentang sesuatu!

Petang = Solat Zohor di KTP kemudian terbang ke Kolej Kelima. Melawat Fatin yang gastrik. J Ukhwah itu indah kan?
Meneruskan agenda ke SS bersama Suhaila, mencari stok barangan ‘dapur’ J

Malam = Meeting JIWA yang kedua di Perpustakaan. Alhamdulillah, berjalan lancar. Fatin ajak makan malam, lapar katanya. Merempit g tasek. Makan bersamanya sambil bertaaruf lagi! J  Terlupa ambil paper work kat Pengarah tadi, jadi pergi pula ke SERUMPUN, kebetulan ketemu Doyot di jalanan. Baru je dok sebut, dah bertemu di sini. Takdir Allah sangat indah.  Balik kolej pula, ternampak suatu yang kurang enak. Ya Allah, Ina diduga lagi. InsyaAllah Ina harus kuat. Benci pada maksiat yang dilakukan, bukan pelakunya!Bear in mind Ina. Terganggu mood Ina malam tu…huhu
8 Jun 2012 (Jumaat)
Hari ini sepenuhnya dimaksimumkan untuk urusan diri sendiri. Edit blog J  Tak puas hati kalau tak dapat siapkan entri special setiap semester ini..hehe
9 Jun 2012 (Sabtu)
Jam 1 pagi = Alhamdulillah, post entri ini.
Study week saya akan bermula. InsyaAllah. J

Tuntasnya, study week kali ini betul-betul kuinfakkan bersama team KBM dan urusan Kraf Ina Nailofar (sikit-sikit la). Ada diduga soal hati bersama keluarga KBM. Jadi, kami sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikan hal itu. Insya-Allah ada jalannya.
Ya Allah, kuatkan hati kami. Satukanlah ukhwah ini. Permudahkan segala urusan kami baik study mahupun kelab. Semoga dapat seimbangkan segalanya. Kami punya amanah yang perlu diselesaikan!

Sebagai intiha, ‘study nombor satu tapi dakwah is not no. two.’ J Semoga Allah memberkati segala-galanya. Ameen.

Final dah dekatà Ina, study hard! J