Showing posts with label Ila Husna. Show all posts
Showing posts with label Ila Husna. Show all posts
PESTA BUKU 2013
02 May 2013
PWTC…Ina Nailofar datang! J
Bukti semangat yang tiada tara. Hari Jumaat, hari
pertama Pesta Buku. Syukur, bangun pagi tengok telefon, ada mesej masuk. Kelas
En. Addy batal! Yeay….alhamdulillah. Setelah berjaga malam mengedit tugasan
yang perlu dihantar, mata pun seakan beruang panda (sedikit saja…hoho) maka ini
peluang terbaik untuk berehat-rehat pagi itu. Maka, perancangan ke Pesta Buku
semakin mekar bak bunga kembang pagi. Usai mendobi dan mencari bahan untuk
perbentangan FYP, Ina bersiap untuk ke Pesta Buku. Selepas zohor yakni usai
orang solat Jumaat, seorang sahabat dunia dan akhirat(Insya-Allah, moga Allah
izinkan ) telah sedia datang menjemputku untuk ke PWTC. Ingat lagi, masa itu
ada seorang insan yang menghantar mesej dan siap update status di muka
buku. Cemburu akan daku. Hoho….Kak Jamilah! J
Alhamdulillah,
langkah mula dipermudahkan. Walaupun hujan sedikit gerimis sebaik sahaja
melintasi kawasan bandaraya namun itu hujan rahmat J Nampak sahaja
papan tanda ke PWTC, terus berbunga-bunga hati. Seronok. Tahu tidak perasaan
itu?
Untuk mudah, kami
naik ke tempat letak kereta di bahagian atas. RM10 ok? Baik. Itu bayaran yang
harus dibayar untuk masuk ke PWTC dengan selesa. Syukur. Kelihatan budak-budak
sekolah yang setia menyarung uniform sekolah. Ramai. Sangat. Ini mengingatkan
Ina akan tujuan asal ke mari hari ini adalah untuk menghabiskan baucer buku
kawan…hehe Jujur…dah orang pelawa nak
belanja. Itu rezeki kan? Mana mungkin Ina tolak… J Ina manfaatkan dengan membeli buku rujukan
adik-adik dan adik dia juga. Setelah Ina tanya baru dia ingat adik-adiknya.
Haru sungguh. Maka, calon guru cemerlang ini pun memilih set koleksi soalan
untuk adik-adik. Habis satu baucer buku di Penerbitan Sasbadi. Hampir satu jam di booth itu. Pilih buku punya
pasal dan beratur membayar. Ina baik, mengalah bagi budak-budak sekolah bayar
dulu…hehe
Ziyah dan Zimah...Makanan untuk kalian.
Berhenti solat.
Kemudian, kembara buku diteruskan. Jalan punya jalan, berkenan di Galeri Ilmu.
Dua buku disambar dan cukuplah satu baucer buku. Misi complete! Nampak booth
ITBM. Singgah. Nampak buku yang berguna untuk tugasan kuliah. Sahabatku itu,
bawa keluar telefon dan ambil butiran untuk bibliografi. Awas, jangan tiru aksi
ini. Ohya, Ina beli buku Antologi Syair
Dr. Ghazali Lateh. Tengok jam hari dah petang. Sekitar jam 6.30 petang kami
beredar.
Dalam hati belum
puas. Nak datang lagi. Hati yakin. Pasti
datang lagi. Pastinya dengan bajet dan ongkos sendiri pula. J
***
Kali kedua.
Cuti
Umum 1 Mei manjadi medannya. Kali ini, mengotakan janji untuk melunaskan
pertemuan dengan seseorang. Perjalanan ke sana dipermudahkan. Niat hati nak
tunggu bas KTM tetapi pertolongan Allah datang dari arah yang tidak
disangka-sangka. Kawan rumet, kebetulan lalu jalan yang sama. Kereta dia masih
muat dan Ina dan Oya Nazira beriringan ke KTM Serdang. Cuti umum rupa-rupanya
KTM agak lewat. Hampir empat puluh lima minit berdiri, akhirnya KTM datang….dengan
kepadatan yang tidak terkira. Tetapi usaha juga masuk. Alhamdulillah, untung
badan muat. Hihi…jika tak berebut, pasti belum dapat naik. Naz turun di BTS dan
Ina meneruskan perjalanan ke Putra. Dalam hati, kesian orang di sana menanti.
Ina selalu lewat bila janji temu dengan beliau. Memang masih belum cukup integriti
pada masa ni, huhu
Target nak sampai
10.30 di Putra tetapi lewat 5 minit…Tak mengapa, janji sudah menapak ke PWTC….sangat
ramai orang. Sudah terbayang lautan manusia yang bakal kuredahi…hehe Akhirnya, masuk ke PWTC. Mencari kelibat
seseorang yang berada di bahagian pentas utama. Mesej punya mesej….akhirnya
dari jauh kunampak seseorang yang manis bertudung serba ungu. Itulah dia, Ila
Husna. Alhamdulillah, Allah temukan kita jua J
Berjalan
beriringan. Mencari tempat makan. Penuh. Jalan-jalan tingkat atas pula. Alang-alang
naik. Beli buku dulu. Turun bawah kembali. Makan sambil bertemu penulis, Kak
Maz namanya (rakan Ila Husna). Berbual
dan dapat kurasai pengalaman menulis mereka. Berkawan dengan penulis. Hanya aku
yang belum berhasil. Hoho…macam mana nak ada hasil kalau tak menulis…hehe Akal menjentik sejenak.
Jujurnya, buku yang
Ina target semua dapat beli. Untuk Babu Zufar, untuk diri dan untuk adik-adik.... Dengan bajet RM200 nah… J
kupulang dengan baki yang cukup-cukup untuk bayaran pengangkutan. Tawakal
sungguh dan bukti kecintaan. Memadai dengan keperluan membacaku.
Rezeki Pesta Buku 2013
Inginku dedikasikan
di sini…untaian bait kata buat seorang teman…
Ila Husna.
Semanis nama.
Manis sekali berbusana serba ungu.
Semanis itu juga…. senyum yang terukir di wajahmu.
Sabar menanti tanpa jemu.
Diri ini yang sering kelewatan.
Terima kasih, kak…menemaniku.
Mengisi ruang masa yang ada. Bersama.
Terima kasih kak…Tuah berteman penulis.
Bisa menumpang diskaunnya. J
Usah serik bersamaku. Lain kali. Di lain waktu.
Insya-Allah bertemu lagi.
Nota = Pesta Buku kali ini memugar semangat yang kelam. Insya-Allah...Yakin dengan janji Allah. pasti. Jom usaha...
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
2
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna,
Pesta Buku PWTC
PESTA BUKU (Sorotan kenangan)

Tahun ini. Tahun ketiga berada di kampus Hijau.
Bermakna…pejam celik, pejam celik… sudah
masuk kali ketiga aku berpeluang merasai kemeriahan Pesta Buku di PWTC. Namun,
hingga saat ini belum ada momen kenangan yang dibingkaikan dalam entri blog ini.
Kenapa ‘rajin’ sangat sih? (*^-^*)
Memori silam menjengah. Adegan kenangan muncul satu
persatu.
Kenangan pertama kali ke Pesta Buku (Tahun 2011)
Keluar beriringan dengan Zulaikha Ibrahim dan Izwani,
tunggu bas UPM untuk ke KTM Serdang. Dalam masa yang sama telah bersepakat
dengan sahabatku, Liana Aziz. Waktu Liana masih belajar di KPTM Bangi. Kami
berpakat untuk bertemu di KTM Bandar Tasek Selatan(BTS).
Takdir Allah memang
indah. Perancangan berjalan dengan baik. Kami bertemu di BTS. Ingat lagi, riang
tak terkata apabila bertemu. Sahabat sejatiku. Kami bersama beriringan ke LRT
PWTC. Memanfaatkan detik masa bersama. Ina ingat lagi, tahun pertama ni Ina
beli Al-Quran pink. Memang target nak beli ni. Alhamdulillah dapat juga miliki
Al-Quran kecil terjemahan. Setelah Ina
amati, besar hikmahnya. Al-Quran…itulah sebaik-baik kitab yang perlu dibaca dan
fahami. Memang menghabiskan masa dengan Liana. Mujur Liana arif tentang selok
belok jalan di sana. Kalau harapkan Ina, pengalaman pertama katakan, memang
tak tahu langsung la.
Kitab terbaik di dunia.
Teman usrahku. Terapi jiwan muslimahku.
Paling menyengat di
fikiran, masa nak balik. Kami naik KTM Pelabuhan Klang. Rancak punya berbual,
rupa-rupanya terlepas stesen. Bila sedar dah berada di Maluri kot…haha.
Bergegas turun dan tukar haluan.
Kenangan pertama bersama
sahabat baik ini tak mungkin Ina lupakan. Perkenalan yang terbina di Kem
Outreach Peringkat Kebangsaan ketika sama-sama mewakili Pulau Pinang pada tahun
2006 sangat berkesan di hati. Kemesraan terbina dengan utusan surat-surat yang
mengakrabkan kami. Seterusnya, ICT Klang menjadi medan pertautan hati kami.
Kita akan lebih mengenali seseorang itu apabila pernah keluar bermusafir dengannya,
bukan? Liana…rindu kamu. Semoga Liana dapat praktikal dengan baik di Tabung
Haji dan struggle menekuni tesis akhirmu. Sedar tak sedar, sahabatku ini dah
menjadi tunangan orang. Allahuakbar.
Kenangan kali kedua ke Pesta Buku(Tahun 2012)
Tahun lepas. Ina diasak dengan tuntutan belajar yang
maha mencabar. Hampir-hampir kumengetepikan hasrat hati untuk ke Pesta Buku. Tetapi,
tahun lepas merupakan tahun bermakna untuk seseorang yang turut bertakhta di
hati. Siapa tu? Ce teka….haha…Pastilah insan yang istimewa di atma. Jamilah
Mohd Norddin.
Tahun lepas kan
pelancaran novel pertama Ila Husna iaitu Friends Forever terbitan Galeri Ilmu. Masih
ingat lagi, Kak Jamilah punya mesej tanya bila nak datang. Ina diasak dengan
seribu satu persoalan. Antara keinginan dan harapan. Rindu kot nak pergi Pesta
Buku. Aura tu dengan sangat. Jadi, selepas berakhirnya Program Tunas
Kecemerlangan Di SMKA Maahad Hamidiah, Ina terdengar perbualan Kak Ummi dan Kak
Liyana Salim untuk ke Pesta Buku. Pucuk dicita, ulam mendatang. Bagaikan orang
mengantuk disorong bantal, begitulah…kiranya kami naik teksi untuk komuter dan
PWTC, Ina datang. Terbayang lagi wajah Ila Husna yang sabar menanti di sana.
Dalam keriuhan orang ramai, kami bertemu. Ingat lagi, masa itu dek poket yang
kering..sebab apa yea???Ohya dah pergi on the spot jadi memang tak
keluarkan duit. Selain itu, catuan duit untuk ke Medan yang menyebabkan kejimatan
tiada tara. Tetapi dah tengok buku. Mana boleh tahan. Beli tetap beli. Buku
yang memang Ina target masa itu ialah Buku I Wanna Be A Writer karya
Ummu Hani.
Pesta Buku 2012
memperlihatkan kemesraan antara Ina dan senior PBMP ini. Yelah, waktu Kak Ummi
masih solo (*^-^*). Juga sempat berbual mesra dengan Kak Jamilah. Walaupun tak
lama tetapi amat rasa ukhwah yang terjalin.
Pesta Buku 2013????? Bersambung di entri seterusnya.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna,
Pesta Buku PWTC
MAJALAH ASUH NOVEMBER 2012
02 November 2012
Apa yang menariknya dalam Majalah Asuh keluaran November 2012?
Jom lihat gambar di bawah J
Muka surat 28, akan ketemu ini.
Testimoni pembaca tentang novel 'Friends Forever'
Jangan tak percaya nama hamba tertera si situ. Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepi dari media cetak.
Alkisahnya semua bermula daripada beberapa bulan
yang lalu. Melalui suatu servis pesanan ringkas yang kuterima daripada seorang insan
yang kusayang…meminta jasa baikku untuk menyiapkan penulisan tentang itu.
Memang niat sudah ada, sedari “novel” tersebut tiba di tanganku sekitar bulan
Januari yang lalu (fuyooo…lama tu tempoh masa yang kuambil ) Namun, hambatan
waktu sering membuatkan kutertewas untuk itu.
Di mana ada usaha, disitulah ada hasilnya.
Akhirnya, setelah bertarung habis-habisan,
kuberjaya juga menyiapkan penulisan tersebut. Ini hasilnya. Rujuk di arkib ini.
J
Ila Husna J
Dedikasi ini untuk kamu.
---> Terima kasih kerana masih memberikan
kepercayaan kepada diri ini untuk memberi pandangan tentang novel FF. Rasa
bersyukur dan bertuah, dalam ramai-ramai pembaca novel FF, Ina Nailofar yang
terpilih untuk itu. Dan…………………….Dah lama nama tak keluar majalah. Tumpang
sekaki la famous J
Selamat maju jaya Ila Husna.
Bertemu lagi di novel akan datang…hehe
Sahabat-sahabat blogger, jom ziarah blog rasmi penulis.
Di sini : Ila Husna
Tinta akhir = Adik-adik di luar sana, jom baca majalah Asuh. Lama tak baca, rasa sangat menarik dan penuh pengisian ilmu. Jom, membaca!
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
4
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
Ila Husna
TAUTAN HATI
21 September 2012
Siapa
sangka, sekitar jam 2:17 pagi; tanggal 19 September 2011 yang lalu.
Tika
kau diulit mimpi indah.
Tika
kau beradu di kasur nan merah,
Jauh
di sudut itu.
Ada
seseorang sedang mengingatimu.
Ada
seseorang sedang merinduimu.
Ada
sesuatu dinukilkan kepadamu.
Tentang
manisnya perkenalan itu,
Biarpun
tiada di depan mata, zahirnya ada.
Beruntunglah
duhai hati.
Bukankah
takdir Allah terlalu indah!
Alhamdulillah…nikmat-Mu
sangat luas!
Kasih
seorang sahabat.
Tiada
galang gantinya.
Kasih sayangku
kepadamu kerana Allah.
*****
Kutinggalkan
tulisan ini dengan catatan ikhlas seorang insan yang amat istimewa.
Kita insan terpilih--->mata 4 :)
Ina.
Pertemuan pertama kita adalah tulisan-tulisan
kita. Minggu Penulis Remaja memberi memori yang mengekalkan ikatan itu sehingga
hari ini. Maha Baiknya Allah. Hubungan yang terbina kekal sampai hari ini. Ina,
kita saling menguatkan, ya. Mengejar tarikh akhir sahaja akak sering lelah.
Mengurus waktu akak selalu rebah. Dari jauh, hembuskan pada deru angin doa buat
akak, ya. Semoga akak terus kuat demi hari esok dan melupakan kisah semalam.
Adikku, teruskan menulis walau dalam apa medium. Ina punya bakat yang orang lain tiada. Ina pernah buktikan yang Ina mampu menembus majalah suatu masa dahulu. Akak juga. Terfikir juga, ke manakah hilangnya semangat suatu masa dahulu? Sudah menyorokkah keberanian itu? (kata untuk diri akak juga)
Akak gembira dapat berkongsi dengan Ina. Tentang itu ini. Dunia luar akak diam, tulisan akak tidak juga membisu. Maafkan akak kadang mesej selalu menjengah. Teringatkan Ina, terasa gembira dapat berkongsi gembira.
semoga Allah pelihara persahabatan kita, Ina. Projek kita juga semoga Allah permudahkan.
Ina, adikku. Semoga terus kuat menongkah perjalanan seorang mahasiswa. Kamu hebat!
Adikku, teruskan menulis walau dalam apa medium. Ina punya bakat yang orang lain tiada. Ina pernah buktikan yang Ina mampu menembus majalah suatu masa dahulu. Akak juga. Terfikir juga, ke manakah hilangnya semangat suatu masa dahulu? Sudah menyorokkah keberanian itu? (kata untuk diri akak juga)
Akak gembira dapat berkongsi dengan Ina. Tentang itu ini. Dunia luar akak diam, tulisan akak tidak juga membisu. Maafkan akak kadang mesej selalu menjengah. Teringatkan Ina, terasa gembira dapat berkongsi gembira.
semoga Allah pelihara persahabatan kita, Ina. Projek kita juga semoga Allah permudahkan.
Ina, adikku. Semoga terus kuat menongkah perjalanan seorang mahasiswa. Kamu hebat!
*****
Terima
kasih.
Nukilan bermakna.
Terasa diri ini amat dihargai.
Walaupun amat jarang kumemberi.
Terima kasih.
Untuk segala-galanya.
Sepanjang ukhwah bersemi.
Ketahuilah,
Tiada
yang lebih indah.
Apabila
kita sering hadir dalam doa dan ingatan seorang sahabat.
Ya
Allah, permudahkanlah perjuangan seorang insan bernama Jamilah Mohd Norddin.
*****Kerana kecintaan terhadap daerah itu,
perkenalan dan ukhuwah ini lahir. Alhamdulillah.
Kena ada 'sesuatu' sebagai hasil dan bukti kecintaan kita.
Nota kaki = Ila Husna dah ada 2 anak...Ina Nailofar? in the making...insya-Allah.
Yakin dengan sebenar-benar yakin.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
2
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
BiCaRa Hearty,
Dunia cinta kita.,
Ila Husna
NOVEL FRIENDS FOREVER NUKILAN ILA HUSNA
23 July 2012

Kata Ila Husna, "Ukhuwah itu tali penyatu."
Ini cover novel Friends Forever.
Cukup ceria.
Sesuai dengan jiwa remaja dan pastinya menjadi kegemaran penulis---> Cik Ila Husna.
--->Sedikit pengenalan tentang penulis novel ini.
- Ila Husna merupakan nama pena yang digunakan.
- Bakal berusia 23 tahun pada 20 Ogos 2012 nanti.
- Beliau merupakan pelajar di UIAM.
- Berasal dari Kedah.
- Nak tahu lebih lanjut boleh layari blog beliau DI SINI (*^-^*)
----> Kekuatan novel ini.
1.
Watak
Utama : Zakiah. Lambang karakter remaja yang diidamkan pada masa kini.
-
Zakiah digambar seorang yang pintar,
bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa. Sangat menghormati ibu bapa.
Dapat dilihat dengan jelas, pada awal permulaan cerita, dia berterus-terusan
memohon persetujuan daripada ibu bapa. Dia tidak sesekali membelakangkan kedua
ibu bapa. Hal ini kerana pemahamannya jelas, redha Allah terletak pada redha
kedua ibu bapa. Inilah yang perlu diteladani oleh para remaja pada masa kini.
Restu ibu bapa sangat penting dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Barulah
hati akan tenteram.
-
Semoga pembaca dapat mesej tentang kepentingan ‘adab’, baik ketika bersama dengan orang yang lebih tua mahupun sesama sahabat-sahabat yang
dibawa oleh penulis ni J
2.
Banyak
kata-kata yang memberikan motivasi kepada pembaca.
-
Suka saya memetik beberapa contoh di
sini,
'Jika
kita mahu kuasai sesuatu ilmu, kuasailah bahasanya.'
(muka surat 4)
'Terpaksa
itulah yang membiasakan diri.' (muka surat 17)
'Mesti
jadi manusia bermatlamat. Barulah tidak menyimpang dan hidup lebih terurus.'
(muka
surat 18)
***Saya catat sikit saja, nak tahu lebih lanjut dapatkan novel..hehe
***Saya catat sikit saja, nak tahu lebih lanjut dapatkan novel..hehe
3.
Unsur
kejutan daripada suatu peristiwa yang diluar jangkaan pembaca.
-
Keupayaan penulis mematikan watak
penting amat memukau tumpuan pembaca.
-
Dalam usia yang muda dan tika semangat
belajarnya yang menjulang tinggi, Zakiah
menjadi yatim piatu. Insiden kebakaran rumah yang begitu menyayat hati.
Bayangkan sekelip mata, hilang ibu bupa. Hilang harta benda, hilang segala-galanya.
Amat tragis.
-
Zakiah bernasib baik, watak ada kekuatan
dalaman yakni kemantapan jiwa yang baik. Jadi, elemen kerohanian inilah yang
membuatkan beliau kuat dan tabah untuk terus cekal meneruskan kehidupan.
4.
Latar
masyarakat yang baik ditonjolkan.
-
Zakiah membesar dan hidup dalam suasana
kelompok masyarakat yang baik. Lihat sahaja, selepas tragedi yang mengorbankan
kedua ibu bapanya itu, jiran yang baik sudi menumpangkan dia.
-
Masyarakat sebeginilah yang kita
harapkan, hidup saling membantu dan yang penting ikhlas. Barulah negara aman dan damai.
5.
Indahnya
‘hidup bersahabat’ jelas ketara.
-
Terang lagi bersuluh pada judul novel ‘friends
forever’, kisah bagaimana lima sahabat ini yang lahiriahnya berbeza namun
akhirnya bersatu dalam untaian ukhuwah fillah yang jika dianalogikan ‘tiada
secantik lukisan dapat kubayangkan.’
-
Benarlah yang dinukilkan seperti di
belakang kulit novel iaitu ‘ ukhuwah kerana Allah yang tidak bersandar kepada
material namun ada tautan hati.’
-
Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah
role model persahabatan yang sebenar. Susah senang dihadapi bersama. Dapat
dilihat dengan jelas, masing-masing berusaha untuk menggembirakan hati
sahabatnya. Akhirnya, mereka sama-sama terbang ke Mekah bagi menunaikan umrah. Wah, sangat bahagia jika perkara ini dapat direalisasikan. Musafir bersama-sama. Kan? 
6.
Isu
Bahasa Arab yang berjaya dirungkaikan.
-
Inilah kejayaan terbesar novel ‘Friends
Forever’ ini. Amat jarang sekali isu bahasa Arab ini diangkat dalam novel.
-
Penulis novel telah memanfaatkan
sepenuhnya kelebihan dirinya yang merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab dan
Kesusasteraan di UIAM.
-
Tetapi satu sahaja, saya mengharapkan agar
banyak istilah bahasa Arab yang diselitkan di sebalik cerita namun tidak
digunakan secara meluas.
Sedikit kelemahan yang ditemui

Sebagai pelajar jurusan Pendidikan Bahasa, saya tak dapat lari daripada mengesan beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang terdapat dalam novel ini. Mungkin juga typing error dan kesilapan teknikal.
Kandungan bab. Lebih manis jika setiap bab ada tajuknya. Hehe…lebih membuak semangat untuk membaca. Sekadar cadangan. Ohya, ada 19 bab dalam novel ini.
Intiha
Sesuai dengan genrenya,
novel tarbiyah remaja. Sememangnya novel ini sesuai dijadikan hadiah buat
sahabat (memang kena dengan judul tu), sumber motivasi buat adik-adik dan pencinta
bahasa Arab yang mulia.
Kalungan tahniah diucapkan kepada Cik Ila Husna
atas kelahiran novel sulungnya ini. Semoga ada sambungan dan kelahiran novel
kedua, ketiga dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT. Menulis itu suatu
amanah. Semoga novel ini bermanfaat untuk semua.
Coretan bermakna.
Mahal ni, tanda tangan penulis novel.
Jangan lihat tarikh tu, nampak sangat lambat bebenor saya buat resensi ni
Nota Kaki = Bagi yang belum membaca, boleh dapatkan segera di sini-----> mphonline dan di sini juga iqramall.com dan lain-lain.
Memang tak rugi beli.
Ada ilmu yang dapat kita pelajari dan bagi yang dah tahu boleh refresh kembali.
Monolog = Berangan nak ada novel juga. Suatu hati nanti. Doakan.
Memang tak rugi beli.
Ada ilmu yang dapat kita pelajari dan bagi yang dah tahu boleh refresh kembali.
Monolog = Berangan nak ada novel juga. Suatu hati nanti. Doakan.
Harus berusaha.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
:: Cuti Semester :: MUHASABAH NAILOFAR,
Ila Husna,
Resensi Novel
Subscribe to:
Posts (Atom)








