Showing posts with label IsTiMewa Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label IsTiMewa Ramadhan. Show all posts

Kitaran Kolej Hayat

27 June 2011

( Kredit gambar )

Rasa baru sahaja pulang bercuti ke rumah.
Rasa baru semalam selesai trip berikut :-

☼Slot bersama penulis : Cikgu Abu Hasan Morad di Masjid Jawi, SPS, Penang.
☼Konvoi Long Islands, Kelate ( seminggu...namun, rasa kejap sangat! )
☼Kursus JP di Pantai Merdeka Resort, Kedah
☼Konvensyen di SACC, Selangor...dll

Selak-selak kalendar, huh...tiba masa untuk kembali ke bumi hijau L


Monolog jap... 
"Hey Ina!Kenapa perlu bermalasan? Sedangkan…
Kalau nak diikutkan, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim lagi banyak daripada masa yang kita ada.”

(Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna)

Uwaaa...insaf-insaf...taknak da merungut lain kali..
Setting niat kena betul...ikhlaskan hati ya Ina! J

Bersama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan.
♥♥♥♫•*¨*•  layan lagu jap...hehe  


Keberangkatan kali ini punya misi tersendiri. Jika diikutkan cuti semester kali inilah yang paling mewah sekali. Apa taknya, jangka masa cuti yang begitu lama, hampir menjangkau empat bulan lamanya. Rakan-rakan lain ramai yang bekerja, Ina? Ina....niat di hati memang nak kerja. Boleh menambah wang poket. Tapi...fikir-fikir, renung-renung....Ina pun kerja juga. Cuma bukanlah kerja yang mengharap dan jauh sekali menjanjikan  duit semata.Huhu... Semua ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Tetapi memerlukan kekuatan dalaman yang jitu. Bear in mind Ina, selagi nadi berdenyut, hidup perlu diperjuangkan. Sangat rugi masa senggang yang ada ( meskipun kau punya banyak rencana lain ) jika  tidak dimanfaatkan bagi menambahkan amal kebajikan, apatah lagi untuk diwakafkan ke jalan Allah. Hidup cuma sementara. Manfaatkan semaksima mungkin! ( harapanku tinggi menjulang mudah-mudahan insan-insan disekelilingku memahami tujuan dan nawaituku ini, Moga Allah redha  )


Tentatif kolej hayatku menjelang esok...insyaAllah


28 hingga 30 Jun 2011
★☆Kembali ke kampus hijau nan indah.TOF bakal berlangsung. Juga persiapan untuk BERJAYA. Bengkel Motivasi dan Kerjaya anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Johor. 


1 hingga 3 Julai 2011
★☆Berjuang di medan BERJAYA. Moga berjaya semuanya!


4 hingga 12 Julai 2011
★☆Perang saraf bersama team pantun UPM, bersiap siaga untuk bertempur!


13 hingga 17 Julai 2011
★☆Temasya Pantun Inovasi Piala 2011 ( DERIA 2011 ) UiTM Melaka


Hajat hati selepas usai program di atas, kuakan berangkat pulang...namun, masih ada suatu program lagi di hujung bulan ini...


22 hingga 24 Julai 2011 ( ini belum muktamad lagi, masih berkira-kira untuk pergi. Jika ada wakil lagi, boleh kuundur diri )
★☆IJTIMAK HARAKIY KEDUA DAN SEMINAR  SIASAH SYAR’IYYAH: MENANGGAPI DEMOKRASI DAN PLURALITI  (WADAH-ABIM-PKPIM)


***nasib baik, Jelajah Amal Pulau Cocos ( JAPCO ), Australia tidak kedengaran khabar lulusnya. Jika tidak, tidak tahu lagi kapan mahu pulang kembali ke rumah. Mengemas barang-barang berharga ( banyak koleksi peribadiku ) harus dikemas selia setempat. Maklumlah, kamar yang menempatkan segala khazanah berharga itu akan dijadikan bilik menyambut menantu, jadi....kuperlu bereskan segalanya. Agar jiwaku lebih tenang kelak. Terutama sekali apabila berada jauh dari rumah. Risau jika tangan lain yang mengemas, habis hilang seri khazanahku itu!hehe


Sesuatu yang pasti, cahaya Ramadhan yang dinanti :- sempurnakan misi bersama Saudari Maisarah dan projek jualan hand-made bersama adik2. Fokus ibadah dan luangkan masa bersama keluarga tersayang!InsyaAllah. 


Moga Allah memberikan kelapangan untuk itu. Restui nikmat usia dan perjuangan ini. Wallahua'lam


♥♥♥♫•*¨*•♥♥♥♫•*¨*•


Mood = Sangat berat hati nak melangkah pergi esok...Sedikit masalah yang berlaku ( sebenarnya melemahkan semangat ini ). Melihat keadaan mak yang dilanda demam pula. Baby Wadhhah yang semakin aktif. Semua itu memerlukan seseorang peneman di rumah untuk membantu meringankan kerja sebenarnya. Apapun, kudoakan yang terbaik! Semoga Allah SWT memelihara insan-insan yang kusayang! yakin dengan sebenar-benar yakin...Allahlah Penjaga yang terbaik. 



MUHASABAH BERSAMA

"Seandainya kita hidup untuk diri sendiri...

kehidupan kita terasa sungguh singkat, 
namun jika kita hidup untuk orang lain..
untuk ISLAM lebih panjang dan BERMAKNA..."

.: FADILAT RAMADHAN :.

20 August 2009

:: Fadilat ramadhan 1 ::

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


:: Fadilat Ramadhan 2 ::

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam







:: Fadilat Ramadhan 3 ::
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



~ SUMBER ~
Nur_Kasih ( Pengembara Cinta-Ku )