Showing posts with label :: Pena Berdansa :: :: Coretan Kenangan :: Birthday. Show all posts
Showing posts with label :: Pena Berdansa :: :: Coretan Kenangan :: Birthday. Show all posts

13 FEB 2013(mengimbau kenangan)

13 February 2013


Salam kemesraan berutus senyuman (*^-^*)

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga. Hari ini, tanggal 13 Februari 2013 sudah. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya sampingan di musim cuti semester yang kian ke penghujung ini,  kudapat melarikan diri sebentar untuk berada di atas talian dan kembali menulis di blog ini. 

"Fuh, buang habuk dan sawang yang berterbangan di dinding blog ini!"
( Awas, hanya insan bermata empat sahaja yang boleh nampak. 
Sebab tergolong dalam kalangan insan terpilih. Hihi )

***
Ada apa dengan 13 Februari  2013
Lepas campur dan tolak, maka genaplah  usiaku yang mencecah angka 23 tahun 1 bulan. Alhamdulillah. Betapa Maha Pengasihnya Allah SWT masih memberikan nikmat usia kepadaku. Jadi, dengan rezeki yang dikurniakan ini, mana mungkin kutidak memanjatkan setinggi kesyukuran kepada-Nya. 
Terima kasih Allah. 

Ohya entri ini sebenarnya menggantikan entri yang sepatutnya ditulis pada sebulan yang lalu. 
Tika tarikh sebenar ulang tahun kelahiranku (tanggal 13 Januari 2013)
***Detik indah ini kurasakan perlu dirakam ini sebelum memori mindaku menjadi kabur. 

Sewaktu tarikh tersebut aku dilanda seribu satu cabaran yang menyebabkan kutidak punya kesempatan untuk menukilkan kenangan yang dilalui. Apapun, setelah sebulan kini maka ini medan terbaik. Insya-Allah.

****
Ceritera bermula pada malam 12 Januari 2013. Teman sekamar, Oya Nazira keluar makan malam bersama teman-teman sekuliahnya sempena meraikan kertas terakhir peperiksaan beliau. Rezeki malam itu, dia pulang membawa makan malam yang menambahkan beberapa kalori badanku.

-Ini Ina anggap hadiah dari Naz-

Beberapa minit sebelum jam menghampiri detik 12.00 pagi 13 Januari 2013, telefon bimbit kesayanganku yang berwarna merah jambu itu berdering. Melihat nama yang terpapar di skrin, segera mungkin aku menjawab panggilan tersebut. 
Ce teka gerangan siapa yang menelefon di tengah-tengah malam ini?

Alhamdulillah, suara insan yang melahirkan aku jelas kedengaran di corong telefon.
Terima kasih mak kerana menunggu ke detik ini dan menghubungiku. Terasa sempurna hariku dengan ucapan ingatan yang tulus ikhlas dari seorang ibu. Terdengar dari belakang, suara anak saudara sulungku, Muhammad Zufar dan sepupuku Sarah turut berada di rumah. Suasana meriah. Hiba juga seketika. Rindu nak terus berada di rumah(memandangkan memang sekarang sudah bermula cuti semester) namun, kukuatkan hati sedaya mungkin. 
Ina kan dah genap angka 23 tahun! Mesti kuat dan matang seiring angka yang meningkat tu. 
Bisik nubari memberi inspirasi. 

Selepas itu, seperti kebiasaan, mesej dua orang sahabat tiba. Sahabat yang kusayang, Mazni Razita dan Norliana. Terima kasih kalian, ingatan yang tak putus-putus walaupun kini masing-masing dah mengorak langkah tersendiri. 

Keesokan harinya. Hujan. Rahmat. Curahan yang bermanfaat, Insya-Allah.
Roomate BJ 012, Oya Nazira sibuk mengemas barang untuk pulang ke kampung tercinta hari ini. Ina hanya membantu dengan pandangan mata yang menyaksikan satu demi satu barang-barang miliknya hilang dipandangan. Beberapa minit kemudian, kosong tempatnya. masa untuk berpisah kian tiba. Ina berjalan beriringan beliau yang hendak menhantar kunci bilik ke pejabat am kolej. Dan Ina mengisi borang untuk sambung berada di kolej sebelum program anak angkat di Terengganu nanti. Bersurai di situ dengan leraian salam ukhwah. Insya-Allah, ada rezeki berkongsi bilik lagi pada semester hadapan. 

Pulang ke bilik, lihat atas meja ketemu kertas kuning ini :)

Terima kasih Naz, so sweet! :)
Baru satu semester berkongsi kamar dengan beliau. 
Sepatutnya punya mesyuarat yang dijadualkan jam 9.00 pagi, namun dek kerana  faktor cuaca yang hujan pagi ini,  mesyuarat ditunda ke jam 11 pagi. Tempat masih sama iaitu di Kolej Tun Perak. Topik utama berkenaan LAKEPO.
Mesyuarat KBM menyaksikan hanya empat orang daripada saf qiyadah yang turun. Terima kasih kerjasama kalian, Adik Alhapis, Zul, dan Fatin. Yelah, masing-masing punya kekangan yang tersendiri. Maka, bilangan yang ada ini dihargai seadanya dan perbincangan dihabiskan supaya mendapat kata putus. Hampir tiga jam berdiskusi, tamat di situ.

Ina dan Fatin Zahidah bergerak ke Putra Food Court untuk makan tengah hari. 
Terima kasih Fatin kerana menemaniku di hari yang istimewa sempena peralihan usia ini. 

Pulang ke kolej. Solat Zohor. Terus menghidupkan komputer riba kesayangan yang berwarna merah jambu itu. Menziarahi  laman muka buku. Banyak ingatan kawan-kawan yang mendoakanku sempena ulang tahun ini. Terima kasih semua dan ketahuilah aku amat menghargai lintasan ingatan tersebut meskipun kutidak membalas ucapan kalian. jauh di sudut hati amat aku hargai. Sesuatu yang pasti,  masa yang ada kumanfaatkan untuk membuat kertas kerja LAKEPO. Tugas sebagai Setiausaha, maka perlulah bekerja sebelum program bermula lagi. Posisi yang kutidak berapa gemar tetapi itulah yang selalu diamanahkan. Kerja ini bersambung hingga ke malam. Selesai print semua, sambung kemas barang sedikit demi sedikit untuk mengosongkan bilik sebelum bilik pantri penuh. 13 Januari 2013 berlalu begitu sahaja. 

-14 Januari 2013-
Hari yang penuh agenda. Pagi lagi, keluar mengambil Fatin Zahidah di kolejnya dan kami rempit ke Fakulti Sains Komputer untuk bertemu Penasihat Kelab, Dr. Zuriati bagi menandatangani kertas kerja LAKEPO yang mewarnai hari indahku semalam. Ya, sepenuh komitmen kucurahkan untuk menyempurnakan kertas kerja program ini. 
Alhamdulillah, syukur. Meskipun Dr.Zuriati tidak membalas mesej pesanan ringkas yang aku hantar namun beliau ternyata berada di bilik pejabatnya menanda kertas peperiksaan rupanya :)  Gitulah rutin sebagai pensyarah. Selesai semua itu. Kami berangkat ke Kompleks Mahasiswa. dari jauh terlihat barisan pelajar beratur di kaunter YES. Dalam ramai-ramai itu, mata tertumpu pada seseorang hamba Allah. Itu Nasrul. Jerit Fatin. Ya, Nasrul juga nak tuntut telefon bimbit YES rupanya. Rakan seqiyadah dalam KBM.
Kami menuju ke arahnya, mengkhabarkan bahawa kedatangan kami untuk menghantar laporan program TAHA'12 yang lalu. ( Laporan yang beliau bagi padaku untuk hantar, baru hari ini berpeluang untuk datang dan beri kepada BHEP ) Banyak sungguh amanah yang tertangguh dan alhamdulillah cuti semester yang baru bermula ini dimanfaatkan untuk menyempurnakan segala urusan ini. Moga Allah berkati detik masa ini. 

Selepas itu, Ina pun menyertai barisan pelajar yang panjang beratur ini. Sambil menyelam, minum air kan :)
Telefon bimbit percuma siapa yang tidak mahu, bukan? 
Ina yakin ramai yang belum tahu. Dengan rebat belia 1 Malaysia RM200 yang kerajaan berikan itu, kita boleh menebus telefon YES secara percuma. Caranya mudah. Pastikan syarat tuntutan riebat itu dipenuhi. Isi borang di web SKM dan boleh pergi menuntut di kaunter YES yang ada. Sementara stok telefon masih ada.
Dan pastinya, telefon ini menjadi hadiah di hari ulang tahun kelahiranku yang ke-23. 

Bertambah telefonku. Canggih tau buka kot tepi gitu :)
Terima kasih rebat RM200 belia 1 Malaysia.
Habis menebus rebat kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu ke bagunan akademik UPM. Tempat yang dituju BHEP la. Hantar kertas kerja LAKEPO dan laporan program TAHA. Setelah melalui beberapa prosedur BHEP, alhamdulillah segala dokumen yang memenuhi masaku lewat dua hari ini selesai juga. Bebas. Maka Ina dan Fatin pulang bergayanya dengan telefon bimbit baru tersebut. Ina hantar kembali fatin zahidah di kolejnya dan kembali ke kolej. Solat Zohor. Aktiviti diteruskan dengan menanti ketibaan seorang teman.  Selepas itu, Ina keluar ke Jalan Tar untuk ke Kedai Bunga Riben. Kedai kegemaranku untuk membeli barangan kraf. Ini agenda untuk kerjaya musim cuti inilah untuk Kraf Ina Nailofar. Jenuh juga melewati kawasan KL yang penuh sesak padahal hari itu hari Isnin. Tetap sesak jalan. Selesai memborong barangan mentah untuk buat kraf, perut pun dah lapar. Yelah, dari pagi amat penuh jadualnya. 
Menghargai seorang teman yang sanggup teman Ina maka kami pergi makan di Restoran kegemaran di Bangi yang menyediakan pelbagai masakan berasaskan sup. Singgah solat Asar di Masjid Al-Hasanah, Bangi. 

Kembali ke UPM. Ohya, Ina dapat hadiah baju t-shirt muslimah dari teman akrab. Baju labuh muslimah keluaran Sinar Inspirasi Collections

Plastik baju saja yang sempat diambil gambar, hehe... Sehelai saja yang jadi hadiah , dua helai lagi beli. Harga runtuh dan support bisnes kawan :) 

Alhamdulillah, Ina sampai kolej elok-elok menjelang Maghrib. Rehatkan diri. Urus diri. Solat maghrib. Memang plan nak rehat malam itu. Kemas bilik. Tup...tup...fatin zahidah mesej. Kacau daun betul la. Dia ajak makan malam bersama saf qiyadah. kali terakhir dah katanya. Ina memang plan tak keluar jadi semua tudung sudah selamat didobi tadi. maka, tinggal tudung kena gosok (iron) punya. Kemalasan tiada tara. Tapi mengenangkan sesusuk insan yang hadir, fatin kata Izan dan Kak Amal pun ada maka Ina tak sampai hati nak tolak. maka, seusai solat Isya' Ina bergegas ambil fatin zahidah di kolejnya. Ina pakai tudung segera sahaja. Sebab fikir ini makan malam mujahidah sahaja. Rupa-rupanya semua saf qiyadah. Fatin! jadi geram dan malu juga. 

Sesuatu yang Ina tak sangka, rupa-rupanya mereka berpakat. Terkejut sangat apabila Nasrul datang bawa kek. Kalian ingat ulang tahun insan ini?
Kek pink :)
"Sanah helwah
ke-32
to Kak Ina
From KBM"


Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fatin, Zul, dan Nasrul. Kalian sangat baik. Sungguh tak sangka semua ini. Meskipun lewat sehari, bak kata Zul, saja buat-buat lupa nak ucap semalam(masa mesyuarat) tetapi ketahuilah Ina tak harap pun semua tu. Tahun 2013 ini tahun transformasi, ceewah. Insya-Allah semoga lebih matang seiring pertambahan angka usia. Makan malam itu dihadiri oleh Saudara Muiz, Kak Amalina dan Mardiyah dari PKPIM Pusat. Terkedu Ina apabila diminta diberi ucapan sempena ulang tahun ini. Ya Allah, terima kasih. Terharu sangat diraikan sedemikian rupa. Lebih indah, ada tazkirah ingatan buat kita yang selalu lupa. Amanat untuk setia atas jalan perjuangan ini dan diakhiri dengan bacaan doa selamat. Alhamdulillah. Syukur atas segalanya. 
*****
Demikianlah coretan kenangan yang masih segar terakam di minda. Jujurnya, banyak adegan yang hilang. Namun, kubersyukur, terlaksana juga niat nak abadikan secebis kisah buat penguat perjuangan.
Terima kasih ya Allah, hadirkan teman-teman yang baik. Setia menemani walau kadang-kala banyak kerenah juga. Yang selalu bikin ketawa dan banyak lagi kenangan yang melatari saat-saat tika bersama. Semoga aku juga bisa mengingati hari lahir kalian. Tanda menghargai insan-insan yang berbudi. 
Ramai lagi yang namanya tidak kutulis. Terima kasih semua. 

Nota kaki : Semoga usia 23 tahun ini dapat kumanfaatkan untuk ummah. Insya-Allah. 

:: Bingkisan 012 to 313 ::

28 October 2010

:: Entri kali ini khas kudedikasikan buat insan yang banyak menemaniku lewat keberadaanku di bumi UPM ( Universiti Pentarbiahan Mujahidah ) ini.
Walaupun usia perkenalan baru saja genap 3 bulan tetapi ukhwah yang terbina,
tiada secantik lukisan dapat kubayangkan!
:)

*******

"Sanah HelwaH ya Kak Janah!!

Hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang.
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu dilambung onak dan duri.
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya.
Semakin berkurang tempoh beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut untuk datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dapat dihitung
dan semakin hampir haruman FIRDAUSI atau azabnya JAHANAM.
Eidmilad said..."


Pantas masa berlalu, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan. Genap usiamu yang ke-????hehe... Moga pengurangan usia ini bertambah kematangan diri :) dan diberikan kekuatan hati untuk menempuhi alam kampus yang penuh cabaran!
Pastinya menguji kekuatan Iman...berbicara tentang Iman??? :)

Nak hadiah ke??? Hmm, disebabkan Ina seorang insan yang baik hati terimalah hadiah biru seperti lampiran di atas....hihi

Khas warna biru lagi... :)

Apa kandungannya???? tunggu.................... :p


Moga diberkati segala urusan, dipermudahkan perjuangan memburu degree edu ( PBMP ) ini dan mencapai segala hajat yang diimpikan!
Semoga Kak Janah berjaya menjadi anak yang paling membanggakan dalam keluarga!
ketahuilah, Ina sangat yakin akan kebolehan Kak Janah...anda berpotensi besar untuk berjaya...hargailah segala nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan!

Bear in mind,
'Everything happen for a good reason'

Tinta nailofar,
'Selalulah bersidang di mahkamah hati,
hati takkan berdusta,
selagi hati tidak mati!'

-inzar untuk diri juga, huhu-


Today...
Kita ada misi yang perlu diselesaikan.
Menjadi sukarelawan KBS.
Moga niat ikhlas kita ini diberkati Allah :)

Nota hujung entri : epy besday...mood berdebar-debar menanti hari esok. pastinya ia bakal menjanjikan 1001 cabaran baru buat kita. :)
Mohon ditegurkan jika terdapat khilaf Ina yang tak enak di pandangan mata dan sumbang dek kelakuan. Kalau Kak Janah tak tegur Ina, siapa lagi???hehe...Moga Allah redha persahabatan ini.

:: Sweet 20 Ina Nailofar, suatu kepastian! ::

13 January 2010

Pejam celik2x,


Syukur ke hadrat Ilahi,


13 Januari 2010 ( semalam la... ), Ina Nailofar selamat melangkah ke usia 20. ( Ceewah...hihi )





Dikesempatan ini, Ina nak rakamkan ucapan terima kasih buat teman-teman yang mengingati ulang tahun kelahiran Ina. Walaupun kini kita dah membawa haluan masing-masing tetapi still keep in touch rite???Hehe..





:: Sebagai penghargaan diatas keikhlasan kalian, Ina sisipkan kiriman 'mesej' kawan-kawan untuk dijadikan cebisan kenangan dalam meniti usia yang makin 'berkurang', tersangat kuhargai ucapan kalian!Syukran.... ::





11:55:o5pm

"Sanah HelwaH ya Ina!! Hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu dilambung onak dan duri. Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya. Semakin berkurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu, semakin bersedia malaikat maut untuk datang menjemput, semakin dekat masa amalan dapat dihitung dan semakin hampir haruman FIRDAUSI atau azabnya JAHANAM. Eidmilad said..."

From Kak Dayah, kenalan tika di MPR'07 ( Johan ucap besday!hihi...syg akak comey!)





11:56:27pm

"Slm..hepy bsday y ke-20 shbtku...hope ukhwh y tjalin antara kta kekal...capailah segala azam & hasrat y blom d gapai..moga sgla hajat yg diidamkan akan dberkati oleh Allah duniawi dan ukhrawi..amin.."

From Norliana Abd Aziz ( perkenalan di Kem Outreach Kebangsaan 2006 dan pertemuan semula di ICT Klang membuahkan ukhwah yg sgt indah :-D )



11:59:50pm

"Hepy besday to u...semoga panjang umo n murah rezeki...not teen anymore ler!hehe"

From Rodhotun Jannah ( sahabat SESS '06-'07 )

Terbaik di Masterskill Ipoh :)



11:55pm ( ringkasan mesej shja, terdelete...hihi )

"Selamat ulang tahun!Semoga masa akan datang dapat memberi erti yang besar dalam hidup...bersama rezeki yg melimpah ruah dan umur yg panjang tentunya." B-)

From Bulya Iswandi. ( Kenalan MPR'07 & rakan seperjuangan STPM! Semoga pembikinan novel sulong ko berjalan lancar :-P )



00:01:04am

"Selamat hari lahir wt adik. Semoga umurmu diberkati ALLAH..aamin"

From Abg Firdaus. ( Siswa UM, bakal pendidik suatu hr nanti )



12:03:33am

"Slmt ari lhir. Smoga pnjg umo & dmurahkn rezeki. Smoga thn ni mberikn lbh byk kbahagiaan k kjyaan. Amin.."

From Nor Shafiqa, sahabat SN ( kini sdg ranum meniti alam IPTA )



12:04:19am

"Hye best day gurl ;-)...hehe...hepy besday..wish u pnjg umo n murah rezeki :-D..haha"

From Puteri Naqiah ( sahabat dari darjah 1, bakal akauntan suatu hari nanti )



12:20:20am

"Sanah hilwa, adikku, Ina...Semoga dgn pengurangan usia, btambah kematangan diri... =) slmt ulangthun ke-20."

From Kak Jamilah ( Kenalan di MPR'07, Ina x sbr nk bc novel perdana akak :) !!!)



12:28:23am ( Mesej bergambar )

"Dear friends, i miss u...sowy 4 all da mistakes that i've done in this year 2009...happy birthday!hope our frenship will be better in 2010 and will never end."

From P-ja ( sahabat SESS'08-'09 jgn lupa plan kita pas dpt gaji nnti,hihi )



01:23:09 am

"Moge2 Allah jdkn pagimu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bhagia, maghribmu keampunan, Isyakmu kberkatan, doamu ditolak & dimurahkan rezeki..Slmt hari lahir."

From Hani, sahabat SKBT...bakal fly oversea! moga lg sukses in future yea.



06:46:09am

"Salam..morning..slmt ulg thn ke-20 ina...smoga pnjg umo n murah rezeki..Amin.."

From Nur'ain ( sahabat SESS '06-'09, ur besday will coming soon )



06:48:23am

'Eph bsday...smoga kta dpt rsult stpm yg bek n cmlg, gmlg n t'bilang...dh 20 r...dh tua...............bkn TEENager g...dh jd TYnager.."

From Azuana ( sahabat SESS '06-'09, jgn lupa plan kta pas dpt gaji pertama n result nt!hehe )



08:35:06am

"Hepy besday ke-20 thn...wshng u alwez epy, sukses, in a gud health alwez...Fwenz 4ever..." :)

From Mazni Razita ( sahabat SN, njoy ur LI k )



09:06;24am

"Apy besday Ina...moga2 dberkati Allah murh rezeki selalu..."

From P-qah Cute ( Wlp dlm ksibukan bkejaran ke hospital tp ingat gak yea besday Ina :) )



10:47:33am

"Salam...epy bzday ina...mga dpnjgkn umor & dmurahkn rezeki dgn dpt msuk IPTA."

From Yana, sahabat SN. ( Doakan kejayaan kita dalam STPM yea )



11:18:51am

"Heppy burfday my lovely frenz...hope u still remember our frenship...Although i'm still 19th..Hu5x...20 year old...make me trouble...coz..i don't want!!!But...our mind should be matured!n i know ur mind alwiz matured than me...Hwa5x...Whatever n i alwiz pray 4 u...gud better in life...n i hope u still 4 eva with ur 'Mr. Right'...hepy bsday shbtku hazlina...miss u byk2...calling2 ye nt...i'll waiting...Hehe"

From Nadia, shbt SN...(tahu2 je dpt kol free..hihi..moga lebih sukses sem ni ye Nad!)



01:00:59pm

"Happy birthday...moga pnjg umuq n dmurahkn rezeki.."

From Shuhada, member baru tika Form6..( moga dapat A SEJARAH STPM'09, shu sgt2 layak! )



09:33:33pm

"Hppy birthday 2 u-2x,

Hppy birthday 2 Ina,

Hppy birthday 2 u...ms bgerak bgtu pntas kn..skrg Ina dah 20 thn pun...mcm baru semalam je my kenal Ina...dulu My ingat lg time sek rendah kta pakai beg yg serupa, min sama2 n sampaikan sek men pun kita dpt g yg sama...pas 2 bla kta dah semakin matang kita mula fikir pasal arah tuju kita n time tu lah kta bpisah...rsa kejap lak msa blalu kn wlp suma tuadh blalu tp suma indah je...hope 1 hr nt kta dpt stdy sm2 lg...C.U.D.I.P.T k! Slmt ri lhir ke-20 "

From Maisarah, sahabat terbaikku!susah senang byk dilalui bersama...terharu Ina baca mesej My!Moga kita berjaya mjd anak yg terbaik dlm family :)



*****Demikianlah mesej2 yg sempat diterima, TQ to all yea! May Allah bless us..



Seperti biasa yg kerap berlaku tika sambutan ulang thn kelahiran mesti ada dapat hadiah kan?tp thn ni agak luaq besa...haha....TQ buat si pemberi hadiah, dalam bungkusan pos ekspres dari KL tue Ina dapat 2 buah novel ( Insan ini faham benar minatku :) n seutas jam tangan! Amat kuhargai...ada rezeki dapat la kot insan tue tgk Ina pakai jam tangan tue!Hihi..Tq again.



******Tidak dilupakan buat rakan2 yg wish dlm fs, myspce n tgged!!!Terima kasih atas ingatan kalian...Turut mewarnai ulang thn ni, mestilah dpt kol free dr mxs n clcm...insan2 bertuah dpt la kol dr Ina tp komitmen keja agak mengurangkn masa Ina utk 'bgayut'!Bukan slalu juz tme ni je Ina kol org...mmg agak jrg ku kol org xcept ada perkara penting...mesej lebih erat dgnku! :)



Sekian sahaja entry about my besday...dah umo 20...rasa seakan mimpi tp dah mmg realiti!haha...moga kudapat memanfaatkn nikmat umur ini sesukses mungkin!





~Ina nailofar~

Kamar Sukma 2010