“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
Awas, contengan belaka!
20 April 2011
Salam ukhwah berutus senyuman.
Kembali bertemu di laman maya ini.
Ada beberapa topik yang mewarnai hidupku mutakhir ini.
(amaran : abaikan jika anda tidak mahu membuang masa )
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨
Minggu 14 melabuhkan tirai dengan berakhirnya kelas ganti Tasawwur Islam. Hujan lebat petang itu menyaksikan betapa hibanya hatiku, sungguh…diri ini berasa sedih mengenangkan perjuangan dalam semester dua sesi 2010/2011 ini akan berakhir. Lain benar rasanya semester ini berbanding semester lepas.
Agak sentimental di sini...hehe
Petang Jumaat di depan hentian bas FSKTM.
Hujan mencurah-curah membasahi kampus hijau ini. Kebetulan, kulupa untuk membawa payung dan keseorang petang itu kerana sahabat akrab, Kak Janah sudah pulang awal ke kampung halaman. Nasib baik, ada insan yang baik sudi mempelawaku berteduh bersama dengannya. Juga siswi FPP, pelajar BPSP J Syukran…perkenalan tercetus dek kerana itu! Alhamdulillah bertambah kenalan baru. Bas datang. Berpisah di situ.
Selamat berebut naik bas. Alhamdulillah J Hati terselit bimbang. Nak melangkah ke kolej pula menjanjikan cabaran. Hujan semakin rancah membasahi bumi. Mata meliar di dalam bas, mencari muka-muka warga KPZ. Mata berhenti pada seseorang…yes, Melisa! Rakan sekumpulan Explorace tika Minggu Induksi KPZ dulu. Dia menawarku untuk berkongsi payungnya. Selamatku pulang ke kolej meskipun basah kuyup juga sebenarnya. TQ Melisa, gadis manis berbangsa Cina itu telah berjasa kepadaku. Berjaya Konsep 1 Malaysia dek kerana sekaki payung. Sungguh hujan itu turunya membawa rahmat. TQ Allah, everything happen for a good reason! J
Kemas diri. Sekitar jam 5.30pm, telefon bordering. Tertera nama Cik Su. Menandakan, tibalah masanya untukku melangkah meninggalkan laman KPZ ini untuk pulang ke rumah. Study Week kali ini menjanjikan suatu kelainan bagiku. Bertolak ke Rawang, transit seketika di rumah Pak Tam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Mutiara.
Alhamdulillah lewat jam 11.45pm, kuselamat sampai di Baiti Jannati J
Kepulanganku kali ini dengan satu misi. Meraikan kakakku yang bakal menjadi tunangan orang, huhu. Suka ku’highlight’kan di sini,
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Syukur ke hadrat Ilahi, dalam majlis yang sederhana tetapi serba ada, yang dihadiri kaum kerabat dan jiran terdekat segalanya termeterai.
Kalam buat Kekanda Ayong Wani dan Abang Zul,
Pertunangan ini suatu amanah. Bukan tiket kebebasan untuk keluar bersama. Malah suatu ikatan perjanjian. Berusahalah menjaga kesuciannya. Kata orang, alam pertunangan suatu tempoh yang menguji. Jadi, elak fitnah yang boleh menduga jiwa.
With love and prayer ♥
***PAKEJ 3 HARI DUA MALAM DI TERATAK BONDA, TAMAN MURAI JAYA.
-Rasa bahagia dapat menatap wajah-wajah insan tersayang.
-Sibuk mengemas barang-barang berharga milikku…jangan tak tahu, diri ini punya pelbagai koleksi peribadi. Maklumlah, hasil kenduri ringkas itu rumah agak ‘kemas’ jadinya. Sebelum barangku hilang entah ke mana, kumanfaatkan masa mengemas dalam beberapa kotak ajaib J
-Fikiran…mendepani satu isu global. Wah…wah…wah J
Akhirnya….Selamat kembali ke KPZ,UPM setelah transit sebentar di Putrajaya.
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨
SELASA
-Usaha mengumpulkan dan menyiapkan nota-nota J study smart!hehe
-Mengintai laman group facebook : KBM, program terdekat Jumaat nanti. Insyaallah turun padang J
RABU
-Ke sekolah SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Persiapan untuk Program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti anjuran Kelab PBMP UPM pada semester hadapan. Ada amanah yang perlu kuperjuangkan. Kali pertama menabur budi dalam kelab ini. Hidup biar berjasa!
-Mood study week, chaiyok-chaiyok! J
-Bersedia untuk misi menghadapi Temuduga penting selepas diterima sebagai pelajar jurusan pendidikan ini. Bakal berlangsung, Sabtu nanti…mohon doa kalian.
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨
Muhasabah = Sungguh dalam melayari Kolej Hayat ini, terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan namun, tika hampir dengan peperiksaan, keutamaan perlu diberikan kepada peperiksaan!
Ina Nailofar = Baik, saya faham! Bertindak mengikut arahan J
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
Diari :: Pena Berdansa :: :: Family ::
BINGKISAN DARI KEJAUHAN
19 April 2011
Terbang mencari, saudari …. …….. …..? J
( Kuyakin apabila dikau membaca, akan mengertilah… warkah ini khas untukmu )
“Salam” yang mengetuk kotak chatku di laman sosial yang terhangat ( era kini…masa depan?wallahu'alam ) itu menjadi kunci perbualan kita. Sudah lama benar tidak berbual panjang denganmu. Sungguh, ada bunga-bunga rindu yang mekar di sudut akma. Sesegar nailofar gitu! J
Sahabat, masih segar di layar ingatan…kenangan setahun yang lalu. Bagaimana akrabnya persahabatan kita. Ukhwah yang terbina terlalu manis untuk dikenang. Jujurnya, sangat kurindui detik-detik indah yang lalu.
Kita banyak menghabiskan masa bersama.
Mengayam impian di hamparan cita-cita.
Bebas bercerita apa sahaja. Tentang itu, tentang ini.
Berkongsi segala macam yang ada.
Dan kini…
Segalanya abadi di sana_Bilik Sejarah SMKSE
( sejarah betul la kan J )
Aturan Ilahi cukup indah.
Kerana ilmu kita bertemu…kerana cita-cita perpisahan terjadi.
Meskipun kita berbeza segalanya kini, namun, ketahuilah sahabat…kutetap ada di sini jika kau memerlukan.
Jutaan terima kasih kerana kau masih menjadikanku tempat rujuk untuk persoalan itu.
Sayangmu kerana Allah SWT.
Berkaitan soal itu. Mungkin itu khilaf seorang hamba. Namun, masih belum terlambat.
Percayalah, tiada istilah terlambat dalam ISLAM.
Sahabat…jom J
ü Muhasabah diri
ü Jaga ikhlas dengan Allah
ü Berusahalah tutup pintu-pintu fitnah
ü Persiapkan diri sebagai pasangan ideal
“Be Solehah first before you wanna find a Soleh husband.”
Beranilah berhijrah sahabat. ( Menuju Redha Allah )
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit J Bukan mudah untuk berubah. Dan untuk mujahadah. Memerlukan kesungguhan yang bukan sedikit.
Namun, yakinlah…di sana ada lautan kemanisan yang menanti.
Sahabat,
Kadangkala kita rasa perjuangan kita panjang.
Hingga kita lupa lupa, perjuangan ini ada perhujungnya!
Selalulah bersidang di mahkamah hati.
Hati takkan pernah berdusta selagi hati tidak mati.
Moga kita peka dalam menangkap 'teguran' Tuhan dan segera menjadikannya sebagai peringatan atau didikan yang berasal dari kasih Tuhan yang begitu besar untuk terus menyempurnakan diri kita.
Sahabat…
Teguran mendatangkan kebaikan pada kita.
Sahabat…
Teguran mendatangkan kebaikan pada kita.
Oleh sebab itu, berbahagialah mereka yang ditegur Allah!
Kita masih ada waktu.
Jangan mengalah atau sesekali putus asa ya sahabat!Bangkit!
Ina yakin awak kuat. Allah Maha Faham kamu.
Bottom of Form
Nota kaki : Sahabat, cintailah Allah di kala susah dan senang. Mudah-mudahan dengan itu, engkau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah!
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
2
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
MUHASABAH NAILOFAR,
Sahabat
Subscribe to:
Posts (Atom)



