MEMUGAR SEMANGAT :)

16 July 2011

Sekadar perkongsian di malam hari, nisfu Syaaban :)


Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang hari
Ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang hari ini
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia


MOOD = Sedang dibelenggu dengan suatu permasalahan yang perlu dirungkaikan segera. Lagu ini memugarkan kembali semangat dan keyakinan. Moga Allah redha. Bear in mind, "everything happen for a good reason!" :)

:: Motivasi Nailofar ::

04 July 2011


Sebagai wanita, ramai yang sering teruja untuk 'meniru' gaya seseorang terutama selebriti dan tokoh ternama yang kelihatan cantik dan anggun dengan penampilan, pakaian dan tudungnya, tanpa lebih dulu bercermin dan 'jujur' melihat diri. 
Tidak semua gaya dan penampilan wanita lain yg cantik pada pandangan mata, akan turut cantik bila dikenakan ke atas diri sendiri. 
Anda bukan Hana Tajima, anda juga bukan Ana Althafunnisa. Anda bukan sesiapa melainkan anda adalah diri anda sendiri:)
 Justeru, kenali tubuhmu, mesrai 'rasa' jiwamu dan dari situ tentukan gayamu. 
Namun, jangan sesekali anda lupa, pastikan penampilan itu mendapat 'restu' TUHANmu :)


Renungan

‎"Sesiapa yang meninggalkan pakaian indah dengan tujuan merendah diri kepada Allah sedangkan ia mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya di hadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakian yang dia suka daripada pelbagai pakaian orang yang beriman"