JOHAN CERPEN?
16 March 2013
Aku Johan Cerpen?
Bagaikan mimpi meraih kejayaan
ini. Cerpen pertama yang kuberjaya tukangi. Mungkin ramai yang tidak percaya, sepanjang
kurang lebih 11 tahun menulis. Inilah kali pertama aku menulis cerpen
sepenuhnya. Yakni, hingga habis. Selama ini hanya semangat mendraf sahaja, buat
rajah pohon la, ranting la untuk kembangkan cerita tetapi hanya di pertengahan
jalan sahaja. Mungkin benar, aku lebih
senang menulis sajak dan puisi lagi (memang genre itulah yang mendapat tempat
di media percetakan suatu masa dahulu…ditegaskan dahulu…lama dah tak menulis ).
Sebab itulah, kucuba habiskan juga penulisan cerpen ini. Mencabar diri untuk
membuktikan sesuatu. Walau pada hakikatnya, cerpen ini amat bersifat peribadi.
Tetapi, inilah medan pemula untuk aku mendaki genre cerpen pula.
Ingat lagi, cerpen ini juga
dihantar pada minit-minit terakhir sebelum menjelangnya tarikh tutup. Masa yang
amat singkat dek tempoh pengeraman yang agak lama bagi menghasilkan cerpen ini.
Alhamdulillah, berhasil.
Terima kasih kerana penilai,
seksyen kaunseling UPM kerana memilih cerpen aku sebagai pemenang.
Rezeki awal semester. Bertepatan dengan masanya. Menanti biasiswa yang belum kunjung tiba.
Kapankah masuknya???
Menjadi johan, bukan bermakna yang
terbaik. Mungkin, rezeki berpihak kepadaku. Alhamdulillah. Tahniah kepada
pemenang yang lain. Melihat nombor matrik pemenang yang lain, rata-rata mereka
lebih muda daripadaku. Ramai berada di tahun kedua dan pertama pengajian.
Potensi mereka lebih besar untuk dipertengahkan.
Apapun, masih teringat ketika
mengambil hadiah, kaunselor Puan Anis membisikkan sesuatu.
“Sila redha ya apabila cerpen ini
diterbitkan.”
Oh, malunya aku! Kurasakan cerpen
ini amat bersifat peribadi kerana tema pertandingan berkisar kepada pengalaman
berada di UPM.
***Kejayaan kecil ini menjadi
titik mula untuk aku mengorak langkah untuk kembali menulis. Kerana apa? Ini medan
kecintaanku. Insya-Allah.
Nota kaki = Aku punya tugasan membuat cerpen untuk subjek di bawah Dr. Ghazali Lateh. Jujurnya, hingga saat ini masih belum gerak untuk menaip cerpen tersebut. (cerpen keduaku, insya-Allah). Entri ini buat pemugar semangat untuk bangkit segera menyiapkan tugasan tersebut. Chaiyok...chaiyok :)
Label : Coretan
:: Mood dapat anugeraH ::,
:: Pena Berdansa :: UPM dihatiku :),
CERPEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Lontarkan KALAM anda:
Cemburu. Haha.
Tahniah! Bukan senang nak menang. Semoga terus menulis.
Nak tanya, Dr Ghazali Lateh ,emngajar di UPM ke? Fakulti mana? Rasanya semasa saya belajar dulu, tak ada pula.
---> Jamilah Mohd Norddin,
Kejayaan insan kecil, tak perlu cemburu kok :)
---> Tetamu Istimewa,
Terima kasih ucapannya.
DR. Ghazali Lateh baru sahaja mengajar di UPM. Kini, mengajar di Fakulti Pengajian Pendidikan.
Post a Comment