Pertama. 2016.
05 February 2016
"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"
Terlalu lama meninggalkan blog kesayangan ini.
Terlalu lama memendamkan rasa yang menyinggah ke tangkai hati.
Bukan tiada berkunjung ke sini,
Namun,
Selagi belum sampai masa yang ditetapkan Ilahi,
Memang tiada daya kita untuk mengubahnya.
Tahun 2016 yang sedang dilewati.
Alhamdulillah untuk segala yang ada.
Sudah menginjak ke angka 26.
Kena percaya!
Masa untuk teruskan perjuangan.
Insya-Allah.
Mohon doa kalian.
Salam ingatan berutus senyuman,
Cikgu Ina Nailofar :)
Balik Pulau, Pulau Pinang.
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
0
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Label : Coretan
2016
MENUJU KEMATANGAN @ SEMESTER 7
28 December 2013
*****--------------------------------------------****
Mengimbas pengalaman sepanjang semester ketujuh di
bumi barakah UPM ini menggamit seribu satu rasa. Pelbagai perkara yang melitari
kehidupan sepanjang kurang lebih 14 minggu ini. Jika ditanya di manakah
kemuncak dan zaman yang paling akan dikenang sepanjang pengajian, insya-Allah
pasti Ina akan jawab di semester inilah. Kenapakah? J
Diri
yang melalui berasa senang sekali.
Tempoh
kematangan yang manis dikenang.
Mengutamakan
pandangan Ilahi melebihi segala-galanya.
Tempoh
berkorban yang tidak pernah kufikirkan mampu lakukan.
Zaman
kelam-kelibut menyiapkan tugasan di minit-minit terakhir.
Masih
kekal sebagai dermawan di Perpustakaan. Pinjam buku melebihi tempoh J
Merempit
sambil ditemani titis-titis ‘salji’ yang mendinginkan jasad.
Masam
manis persahabatan. Menjadi pendengar yang baik.
Menghargai
segala nikmat yang dimilki.
*****-------------------------------------------****
Arkib kenangan sepanjang musafir ilmu di Kampus Hijau nan permai.
II Semester 1 II Semester 2 II
II Semester 3 II Semester 4 II
SEMESTER 7??? Inilah nak cerita la ni J
*****--------------------------------------------****
Jadual Kuliah
à
Jadual
waktu kuliah yang sangat mesra alam J
Alhamdulillah, tahun terakhir ini hanya tinggal 4 subjek. Satu Projek Ilmiah Tahun
Akhir maka hanya berbaki 3 kelas sahaja namun ketiga-tiga subjek ini ada kelas
amali. Mujurlah ada kelas amali ini, terisi jugalah masa yang ada. Namun,
tugasan maha dahsyat. Di minggu ke-13 kuliah baru sempat habiskan semua sebelum
persediaan viva FYP.
1.
FCE4999
(PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR)
Subjek ini
mewakili 6 jam kredit. Banyak kan jumlah kredit? J Tiada kelas
kuliah hanya amali. Itu seronoknya,
hehe…. Ina diletakkan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Jamaliah Abdul
Hamid. Beliau pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, FPP. Jadi, sebelum
ini memang tidak pernah mengenalinya. Allah jadikan subjek ini sebagai
wasilah untuk mengenali seorang insan hebat ini. Alhamdulillah.
Punya
peribadi yang baik. Tegas dan sangat mencintai ilmu. Buktinya, di usia beliau
sekarang masih aktif menjalankan kajian
dan menulis.
Beliau mengajarku untuk jujur pada ilmu. Beliau banyak menyedarkanku untuk
serius membuat kajian. Komited pada tugas.
Pada
peringkat awal, pertemuan pertama untuk menunjukkan tajuk pilihan kajian
telah mengundang pelbagai persepsi. Semua yang disoal olehnya tak mampu untuk
kujawab. Padahal, aku punya tajuk impian yang ingin direalisasikan. Bukan
satu, dua tajuk yang kufikirkan. Melebihi lima seingatku. Namun, tiada satu
yang mampu kujawab dengan yakin dihadapannya. Begitu juga dengan teman
seperjuangan yang lain. Ina dan empat orang rakan (Fura, Dayah, Zie dan Asi)
di bawah penyeliaanya. Perjumpaan kedua juga masih belum nampak jalan. Baru
proses pemilihan tajuk ni. Pertanyaan seorang rakan menghela nafas kembali
cerah. Masih ingat lagi wajahnya berubah ceria. Akhirnya, kami bersetuju
untuk menerima tajuk daripadanya. Beliau pensyarah Bidang Kepimpinan dan Pengurusan.
Kami di bidang bahasa. Memang boleh sahaja menjalankan kajian dalam bidang
kami tetapi itulah, baru disoal sedikit sudah menemui jalan buntu, bagaimana
untuk merealisasikannya? Jika buat kajian dalam bidang dia, kepakaran yang
beliau miliki boleh membimbing kami. Begitulah, selagi kajian dalam skop
pendidikan, ia masih boleh dilakukan. Maka dengan itu, ingat lagi hari
Jumaat, kami menemui Penyelaras Program PBMP, Dr.Hj Samsuddin Othman untuk
mendapatkan respon dan kebenarannya. Alhamdulillah, dipermudahkan.
Maka, petang
itu juga kami kembali bertemu dan Dr.Jamaliah ternyata sangat mahir. Dengan
spontan menyenaraikan kurang lebih 9 tajuk di papan putih untuk dipilih oleh
kami. Hebat. Terpegun kami yang baru setahun jagung ini. Maka, dari sini
tajuk dipilih berdasarkan pilihan hati. Alhamdulillah, dekat dengan diri Ina
sebenarnya. Penglibatan dalam aktiviti kampus dan kesannya terhadap keupayaan
kepimpinan. J
Kami melalui
beberapa proses yang berperingkat dengannya. Bermula dengan perbentangan
sorotan literatur berkaitan tajuk masing-masing. Seingat Ina, dua kali proses
perbentangan tersebut. Kritikan hebat pastinya daripada beliau. Yang menjadi
cabaran dan sedikit halangan sebenarnya ialah bahan banyak dalam bahasa
penjajah. Ina perlu baca dan faham kemudian terjemah. Semua ini memakan masa
kan? Tambahan pula, beliau mahukan sumber daripada barat. Katanya mereka
lebih jujur pada ilmu berbanding penyelidik tempatan. Maka, Ina harus cari
gali semaksimanya. Pernah menangis kerana dimarahi. Pernah berada di dalam
keadaan yang tertekan maha tinggi J Pernah
korbankan masa cuti semester untuk bertemu beliau dan mengikuti bimbingan
yang dilakukannya. Alhamdulillah, banyak belajar buat kajian daripada beliau.
Segala kesakitan yang pernah dirasakan suatu ketika dahulu sangat membantu.
Dan kini, itulah yang menjadi pelangi peradaban yang menyinar, ceewah! J
Dr. Jamaliah
seorang yang ikhlas. Semoga Allah permudahkan langkah beliau dan usaha untuk
memartabatkan ilmu. Beliau mengajar kami sebaik mungkin. Andai kata
dipanjangkan umur dan berpeluang untuk sambung belajar mengambil master dan
PHD, segala ilmu yang beliau tumpahkan sangat membantu untuk kami jalankan
kajian. Insya-Allah.
Soal markah?
Ina sudah usaha sebaik mungkin. Tawakal kepada Allah SWT. Sesuatu yang pasti,
kajian ini telah membuatkan kami berlima (rakan sekumpulan bersama) lebih
mengenali antara satu sama lain. Yelah, cuti semester pun dikorbankan. Ina
dan Dayah sampai boleh keluar bersama, buka puasa di The Mines. Ke Jalan Tar
dengan Fura juga. Semua perubahan positif lain mewarnai detik masa sepanjang
pelaksaan projek ini. Alhamdulillah, proses perbentangan juga berjalan
lancar. Kami dapat penilai yang baik, Puan Suria Salim. Sangat positif akan
kajian yang kami lakukan. Sampai tahap ini? Apa lagi yang nak?melainkan
merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala
urusan. Insya-Allah, tinggal urusan menjilid. Ina nak sambung penulisan ini
selepas selesai penjilidan nanti. Banyak lagi nak cerita J
Terima kasih
ya Allah, meletakkan Ina di bawah penyeliaan insan hebat ini. Kajian ini
mengajarku pelbagai perkara. Semoga markah yang bakal kuperoleh nanti
berbaloi dengan segala usaha yang telah dilakukan. Nak A! J
Allah tahu
apa yang terbaik, insya-Allah. Yakin dan percaya.
|
2.
CPE3200
(ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
Semester
ini, belajar jadi kaunselor. Toink…toink J Subjek yang
Ina minati. Yelah, Ina pernah menyimpan impian untuk menjadi kaunselor
dahulu. Sememangnya masa nak mohon UPU dahulu berhajat nak pilih Kaunseling
tetapi hasil muhasabah lebih nampak potensi di bidang bahasa. Maka, kini
peluang belajar subjek ini sememangnya masa yang ditunggu-tunggu. Pensyarah Puan
Asmah Ismail. Seorang pensyarah yang cantik, berwajah tenang, lembut dan
manis sekali. Beliau sangat menghargai waktu. Buktinya tepat jam 12 tengah
hari sudah berada di kelas dan memulakan kuliah. Tepat jam 1 tengah hari
kelas tamat J Ina suka
cara ini. Menepati masa. Kelas kuliah hanya 1 jam seminggu, kelas amali 2
jam.
Awal-awal
kelas, beliau menjalankan ujian personaliti Sidek kepada kami. Ina ingat
lagi, Ina jawab dengan bergayanya. Alih-alih, nama Ina tersenarai (bersama beberapa
rakan yang lain juga, ok) sebagai tidak jujur menjawab. Terdapat beberapa
item yang jika jawab ya akan dikesan sebagai tidak jujur. Antara item
tersebut ialah adakah anda akan menuruti kehendak ibu bapa walaupun tidak
bersetuju? Ina ya untuk item ini. Sebab memang pun, apa yang mak abah kata
tu, ina ok je. Layan J Ina kena jawab semula soalan ini. Maka, pada
masa yang dijanjikan Ina dan Kak Janah pergi ke biliknya dan jawab soalan
tersebut di sana. Ibrah, Allah nak bagi Ina berkenalan dan masuk ke bilik
pensyarah. Bukan senang nak dapat peluang keemasan inikan?haha…
Tugasan
untuk subjek ini berbentuk individu. Ujian 1 dapat 16.5/20. Tugasan
1 dapat 17.5/20. Tugasan 2 belum keluar markah J Agak sukar juga nak meramal sebab soalan
ujian dan tugasan hanya berbentuk laporan yang dijalankan di kelas amali.
Kira taka da yang tak betul, selagi relevan diterima tetpai masih tidak data markah
penuh. Untuk peperiksaan akhir ini? Ina perlu hadam buku rujukan karangan
beliau J All the best, final! Ina mampu
insya-Allah. Kertas pertama yang membuka tirai perjuangan imtihan terakhir di
bumi barakah UPM ini. Ina nak dapat A subjek ini.
Itu ceritera
kelas kuliah dan bersama Puan Asmah Ismail.
Ini pula kelas amali yang happening J Ina
bersyukur sangat sebab dapat fasilitator yang sporting. Cik Nindy,
orang Indonesia. Berada di dalam kelompok bimbingan ini merubah persepsiku.
Seronok sekali bertemu kaunselor. Pelbagai topic yang dibincangkan. Daripada topik
kecil-kecil seperti perihal keluarga, percintaan, persahabatan, praktikal,
FYP kepada masalah yang memerlukan jalan penyelesaian. Ohya, Ina sekumpulan
bersama Fura, Asi, Zie dan Kak Hasna. Dalam sesi ini juga ada yang menangis
berkongsi masalah. Memang terharu habis. Lebih kenal kawan-kawan. Sebab
itulah Ina katakan semester ketujuh ini kemuncak sebenar-benarnya.
Rasa rapat
sangat. Etika kerahsiaan menjadi keutamaan J Lebih
percaya kepada rakan sekumpulan dan sayang mereka.
Sampai tahap
boleh sambut besday Cik Nindy J Akhir
kelas, beliau bawa kami ke Cyberjaya makan nasi ayam penyet. Sedap bangat!
Siap belanja kami lagi. Macam jadi pemandu pelancong kami pun ada, bawa
pusing-pusing sekitar Cyberjaya. Patutnya kami yang bawa dia kenal Malaysia
kan J Bila serumpun bersama, memang
meriah. Bersyukur sangat. Ina lebih kenal tradisi Indonesia. Andai kata suatu
hari nanti nak ke Medan lagi, boleh contact Cik Nindy ya. Beliau kampung di
Medan, orang Jakarta. Berbekalkan pengalaman kami ke Medan dahulu,
mengakrabkan persaudaraan. Tukar-tukar cerita bersama. Seronok!
Sesi
kaunseling ini menjadi medan untuk berehat, berkongsi cerita, menjadi
pendengar yang baik dan usaha membantu rakan yang lain. Memang mengubah
tanggapan awalku J
Cik Nindy,
semoga dieprmudahkan urusan mastermu di sini.
Ina kagum
dengan semangat dia. Yelah, belajar diperantauan kan. Bukan guna biasiswa,
sepenuh tajaan sendiri. Pasti cabaran kan. Syukur dengan apa yang dimiliki.
|
*Cik Nindy dan Ina, bersama cenderahati kenangan dari Galeri Kraf Nailofar*
*Teman seperjuangan kaunseling*
Selamat menjaga etika kerahsiaan tau!
*Pokok kehidupan kami, idea kreatif Cik Nindy*
3.
LHE3107
(APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU)
Subjek ini
diajar oleh pensyarah yang diimport khas daripada IPGM. Dr. Azhar J Sangat komited mengajar kami. Kuliah dan
amali dibawah pengajarannya. Best sebab agak rileks gaya pengajarannya.
Sempoi la bila pensyarah lelaki mengajar namun, tugasan yang perlu disiapkan
mencabar. Bukan tidak pernah ada tugasan individu dan kumpulan tetapi kali
ini tugasan individu juga perlu bentang hasilnya. Amali kumpulan lagilah kena
bentang J
Ina sampai
tahap beli buku rujukan untuk study pengayaan. Walaupun buku itu mahal, Ina
pejam mata beli. Ina juga pinjam buku di Perpustakaan. Sampai tarikh luput
habis Ina masih tak pulangkan buku yang dipinjam, haha…impaknya, melayang
duit sedekah di sana. Ibrah juga, pekerja Perpustakaan itu sempat bertanya
perihal Pulau Pinang kepada Ina. Dapat juga Ina sumbangkan sedikit
pengetahuan kepadanya. Bukankah Allah sediakan sesuatu d sebalik semua ini? Pandang
dari sudut positif dan bersyukur sayang J
Ujian 1 = Jujur,
masa kejadian sekitar minggu genting iaitu terlibat program KBM. Bazar jualan
sempena Pesta Konvokesyen. Maka, Ina memang tak study. Tengok-tengok gitu ja
notanya. Masa ujian, soalan berbentuk aplikasi komputer. Buat slaid
powerpoint dan letak hyperlink semua tu. Kira ikut step dan hantar emel dalam
jangka masa 15 minit tersebut maka siaplah ujiannya. Dan Ina dapat 20/20
untuk ujian 1 ini. Alhamdulillah J
Tugasan
individu
masih belum tahu keputusannya. Mengajar
pengayaan menggunakan komputer. Tugasan kumpulan memang mencabarlah
sebab perlu buat bahan interaktif.
Ina sekumpulan bersama Fitrah, Kak hasna dan Kak janah. Alhamdulillah,
gabungan yang mantap. Kami banyak meneroka powerpoint. Sampaikan masa hari
kejadian perbentangan, rakan-rakan tak percaya kami guna powerpoint. Konon,
canggihlah J
Alhamdulillah…berbaloi usaha Ina tak tidur buat part Ina tu. Kata penguat. Best
dan enjoy sangat sebenarnya. Komen Dr. Azhar juga positif J
Carrymarks
belum keluar. Tapi Ina yakin dengan usaha yang dah dilaburkan untuk subjek
ini. Exam kedua Ina pada 4Januari 2014. Patut Ina rileks sebab kertas ni
periksa tahun hadapan. Konon lama lagilah tahun depan. Haha….keseluruhannya, dijalankan
pada waktu petang hingga ke malam. Walaupun kelas ini rasa macam belajar di
IPGM tetapi sangat seronok…rileks dan bersahaja. Belajar depan PC, memang
punya peluang onlinelah. Sampai Ina pernah jawab soalan survey seorang rakan
KBM ketika kelas berlangsung secara atas talian…haha Ya Allah, ampuni dosaku. Bukan niat
main-main masa belajar tetapi niat mudahkan urusan orang dan tunaikan hajat
dia…hehe
Besar
harapan untuk skor A kertas ini, insya-Allah. Masa praktikal nanti mesti guna
bahan bantu mengajar menggunakan komputer, baru pelajar tertarik. J
|
4.
LHE3628
(KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU)
Subjek
kemuncak. Yelah, inilah kos major Ina sepanjang musafir ilmu di Kampus Hijau
ini J Sekali lagi berpeluang berada di
kelas Dr. Fadzilah Abdul Rahman. Bonda yang sangat penyayang ini.
Berada di kelasnya amat menguji ketahanan diri. Awal kelas,
beliau akan pilih beberapa orang pelajar untuk datang mengajar di hadapan
secara spontan. Tajuk dan situasi akan beliau berikan. Macam-macam reaksi
dapat lihat. Ada yang ok, ada yang hanya suam-suam kuku. Semua ini
menyedarkan kami sejauhmana tahap kesediaan kami untuk keluar praktikal. Harus
berpakaian macam mana kita nak mengajar kelak.
Kuliah juga
secara dua hala. Beliau akan panggil pelajar ke depan, tulis di papan tulis
dan bagi pendapat. Pendekatan yang sangat professional. Secara tak langsung,
beliau mengajar kami cara mengajar yang sebetulnya. Ina sampai beli buku
Mendorong murid Corot dari Cikgu Khairunniza di facebook sebab persediaan
minda untuk hadapi kelas ini. Ina yakin, ini usaha dan Allah pandang usaha
ini J
Ujian 1 =
5/10. Hehe…ok la tu, dapat separuh
kan? Ina redha sebab pada awalnya rasa Inalah skor paling rendah rupa-rupanya
ada lagi yang rendah, maka ok la tu. Sebab masa ujian tu memnag waktu sibuk
dengan bazar konvokesenyen KBM. Ina memang all out KBM masa itu. Dapat markah
banyak, syukur dah.
Tugasan 1 individu =
Mengajar Menggunakan Blog J tajuk yang begitu
dekat dengan Ina. Alhamdulillah. Setelah proses memikir nak mengajar apa
dengan menggunakan kemahiran menulis, tanya pendapat Cikgu Solehah akhirnya
Ina nekad guna blog Taman Seribu Puisi juga. Mengajar Cerpen Kasut Kelopak
Jantung. Dengan persediaan di saat akhir juga, Ina dapat 9/10 untuk amali
mengajar. Terbaik dah ni J
Ohya, amali
Cikgu Nursidah yang mengajar. Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Presint 9(1) Putrajaya. Cikgu yang sangat baik. Lembut
dan santun berbicara. Tak pernah tengok dia marah dan tinggikan suara kepada
kami. Selain tugasan individu mengajar, kami perlu buat kertas kerja
berkaitan tajuk ini. Ya, individu. Selepas itu, ingatkan habiskan kerja
rupa-rupanya diadakan Bengkel Pengajaran Alaf Siber. Tajuk Ina kena
bentang pula. Bergabung tenaga dengan Faiznura sebab tajuk kami sama, kelas
amali berbeza. Sehari berkampung di Surau Serumpun untuk buat perbincangan
dan slaid perbentangan. Ibrah mengenali Faiznura dengan lebih dekat. Dan
dapat buat kerja di Surau Serumpun. Seronok, Ina enjoy sangat dengan tugasan
kerja ini J Terima
kasih Faiz, senang bekerjasama dengan kamu.
Dr. Fadzilah
ada buat Ujian Kecekapan Berbahasa. Markah diambil katanya. SEtakat ini
carrymarks belum keluar di esmp maka belum tahu keseluruhan. Kertas ini
merupakan penutup untuk imtihan di Kampus Hijau, insya-Allah. Semoga
dipermudahkan. Harus giat usaha untuk dapat A J
Terima kasih
juga Cikgu Nursidah, beliau membantu Ina memilih tempat praktikal. Ingat
lagi, iringan jalan dengannya sambil dia bercerita J Cikgu
sangat baik dan membantu. Nak jadi guru cemerlang BM sepertinya. Akhir kelas,
kami buat jamuan makan KFC. Meriah sangat. Penutup yang baik dan membuahkan
kenangan. Alhamdulillah.
|
*Faiznura, Ina dan Dr. Fadzilah, selepas bengkel*
*Bersama Cikgu Nursidah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu*
*Keluarga besar PBMP*
Demikianlah contengan kisah subjek yang Ina ambil
sepanjang semester ketujuh ini. Banyak lagi sebenarnya tetapi inilah yang
melintasi kotak fikiran ketika menaip entri ini. Semuanya manis-manis belaka.
Sebab subjek tak banyak, maka tak serabut sangat. Masa pun banyak dan boleh
dimanfaatkan untuk perkara lain juga. Memang terbukti pada awal-awal semester
setiap hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti.
Ujian TOCIE….keputusan Alhamdulillah dapat level 4, masuk UPM band 3, keluar 4, suatu
pencapaian kan? J
*Selesai kursus syarat bergraduat*
- Bazar persatuan
(promot KBM)
- Rehlah KBM (rai adik-adik
baharu)
- Program Daki dan Cuci
Broga (kerja amal giler J
)
- Pesta Konvokesyen
(jualan barangan Ana Muslim dan Galeri Kraf Nailofar juga)
- Ziarah rumah mantan
KBM
- Usrah muslimat (love
circle)
- Mesyuarat dan
perjumpaan lain-lain KBM J
*Moga Allah satukan hati-hati ini*
*Bukit Espo menjadi saksi berkumpulnya kami mengeratkan persaudaraan*
*Di sini kami belajar ilmu yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah*
*Bidang keusahawanan juga kami takluki*
*Ziarah-menziarahi, cedok pengalaman mantan...peluang makan free lagi*
*Meeting dan taklimat di mana-mana sahaja*
*Medan tarbiyah seorang hamba*
Program Tunas
Kecemerlangan Bersama Komuniti di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.
***usai amanah yang berada di pundak!
- Besday Kak Janah
(makan KFC)
- Besday Kak Hasna (surprise
di rumahnya, bawa kek)
- Round Pesta Konvo sesama dan banyak lagi memori indah.
*Di rumah Kak Hasna*
*Birthday Umi Hasna*
*Birthday Kak Janah, jalan-jalan Pesta Konvo*
*Dinner PBMP, kita bakal ustazah? rasa tak caya, hoho*
*Sahabat selamanya*
*****--------------------------------------------****
Demikianlah coretan kenangan sepanjang detik waktu di semester 7. Terlalu banyak yang melitari kolej hayatku. Semoga semua ini menjadi bekalan perjalanan yang bermakna di masa hadapan.
Terima kasih untuk para pensyarah dan penunjukajar. Kalian sangat berwibawa.
Terima kasih rakan-rakan seperjuangan PBMP, kita dah sampai ke penghujung. Semester depan sudah bawa haluan masing-masing berpraktikal.
Terima kasih untuk saf qiyadah KBMUPM. Moga Allah teguhkan hati-hati kita atas jalan dakwah ini.
Akhir sekali, harapnya Allah redha dengan Ina sepanjang semester ini.
Selamat berjuang untuk imtihan.
Ina Nailofar
012 BJ KPZ UPM
1:51 am
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
3
Lontarkan KALAM anda
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
Subscribe to:
Posts (Atom)